Blogger Layouts

cer KELIK cer KELIK

si kacak & si cantik

Sunday, December 18, 2011

bila cakap memang senang

macam dah sebati dengan kehidupan hari nie..
semua orang cuma tahu cakap jer.. sesimple ABC dan 123..
yerlahh.. modal cuma air liur jerk kan.. 
contoh macam kat bawah nie..


SITUASI PERTAMA


"kau lupakan jerlah sipolan tuh. dah takde guna dah pun nak tunggu dia lagi. bukan boleh pakai punya orang"


see! cakap memang senang. sedangkan hati yang dah terlanjur sayang ni macamana? kalau hati dan otak ni macam memori kad, boleh diformat anytime n anywhere jerk. mesti dalam dunia ni tade orang yang kecewa.cer kena diri sendiri tengok! silap silap terjun bangunan.  HAHA!


SITUASI KEDUA


" korang ni aku tengok dah lame bercinta. kawen jerlah cepat cepat."


eh, mana ada orang yang bercinta tapi tanak kawin. semua orang ada perasaan macam tu. cuma belum ada rezki lagi kan. kawin bukan bermodalkan seringgit dua ringgit jerk. tanya kalau nak bagi duit takpe jugakkan. $_$


SITUASI KETIGA


" Belajar tinggi tinggi tapi kerja kilang. gie lah cari kerja yang sesuai sana."


helo, cari kerja pada zaman ni tak lah se EASY dG easy yang dicakap tuh.. biar kerja kilang dari tanam anggur. at least ada hasil. satu hari adalah rezeki kan.yang penting kenalah bersabar.


SITUASI KEEMPAT


" Ang ni da lama single. bila nak jadi double? jangan jual mahal sangat nanti tak laku. / jangan memilih sangat"


ingat cari pasangan macam cari baju bundle kat tepi jalan ke. tak pun jumpa jer declair terus. kenalah tunggu yang sesuai jugak kan. yang kena dengan taste. memilih tu perlu tapi biar yang berpatut. every person have their own taste rite.


SITUASI KELIMA


"Kawen dah bertahun tahun, still takde anak lagi ke? tak sunyi ke? gie jerlah amik anak angkat"


amik anak angkat bukan macam bela anak kucing. takde anak sendiri op coz lah sunyi. tapi dah belum rezki nak buat macamana. Tuhan belum nak bagi lagi. selagi boleh usaha, usaha.


haa..actualy banyak lagi contohnya. tapi rasanya cukuplah tuh jer.. CAKAP MEMANG SENANG. sumtime niat tuh memanglah baik. suci dan murni lagi macam minyak masak tuh.. tapi sebelum nak cakap tuh tengok tengoklah situasi seseorang tuh macamana dulu k. renung renungkan dan selamat beramal.

Sunday, November 27, 2011

kahwin oh kahwin!

seperti yang kita sedia maklum tau. ini adalah musim cuti sekolah. ok, bunyi memang macam tade kena mengena dengan nana sebab dah bertahun tinggalkan bangku sekolah. actualy bukan bangku jer.. tapi semualah.. meja.. papan hitam. HAHA! tak lawak.

sebenaqnya yang nana nak kaitkan dengan musim cuti sekolah ni, op coz lah banyak kerja KAHWIN kan tentime cenggini. sabtu dengan ahad kalau tak kerja.. jadual still penuh.  "jadual nak gie majlis orang kawin" sampaikan 1 hari nak kena jengah sampai 3, 4 buah rumah. haaa... buncit perut telan nasi minyak saje. senang keje suri rumah ye dak.. toksah susah susah masak. boleh amik cuti.. HAHA!

termasuklah nana jugak sebenarnya.. hari hari pi umah orang kawen. sambil makan sambil amik berkat. :D dan untuk hari ini nana pi wedding my bff time zaman sesekolah dulu. dia kawan pertama yang nana ada tautime1st day nana jejak kan kaki kat sek tu.. OMG! ramai kawan kawan nana dah naik pelamin. yang dah ada baby pun ye. sumpah jeles tengok orang dah ada family sendiri..  ^.^" erm.. nak buat macamnakan.. diri sendiri seru belum sampai lagik..





hijau gitu temanya.cantikkan.. urrr... jeles.. jeles.. jeles.. HAHA!


ini muka WAJIB ada.. yang segak bergaya tuh skulmate nana juga

* mak nana kata, lau nak wat kerja kawin jangan buat time cuti sekolah. nanti salam kaut dapat sikit.. HAHA!

HURTS


ok, first nana nampak pic ni kat wall bell. 
so, dengan kelajuan yang maksima nana pun MENGcopy ini pic untuk ditempek kat blog yang dah terlalu lama sunyi dan sepi ni. 
mengapa dan kenapa nana terlalu obses dengan pic ni?? 
ini adalah kerana pic ini memang benar benar sedang memaparkan apa yang nana rasa di waktu, masa, jam, minit dan saat ini. 


BERLAGAK MACAM TADE PAPE!
TAPI JAUH KAT SUDUT HATI, TERLALU SAKIT.


currently i miss him so much. 
kereknya dia. text pun tak reply. 
n kereknya nana. 
dia text 8 tahun baru nak reply. 
macamanalah nak ok kan. 
oh, lelaki. tolonglah!

WANITA INGIN DIPUJUK

tak mintak pun lebih lebih.
sikit pun jadi lah.
kalau text sekadar lagi nak burukkan keadaan better diam kan.
tapi mengertilah kamu

* senyap tak bererti dah tak peduli
* senyap tak semestinya saya sedang bergembira sekarang
*senyap tak bererti sedang ada yang lain temani saya

tapi senyap saya kerana

* fikir bila kita nak kawen. eh, salah! apa kesudahan cerita kita.
* sampai bila kena macam ni..

ouh, boleh gila..

Saturday, October 15, 2011

bila diri dicompare dengan ex-gf si bf!

" awak tahu tak, gf lama saya kalau saya merajuk, cepat2 dia datang pujuk.. tapi awak..."
" awak tahu tak, gf lama saya kalau saya cakap, dia tak berani langsung nak melawan.. tapi awak...."
" awak tahu tak, gf lama saya tak pernah cakap kasar kasar macam ni dengan saya.. tapi awak...."
" awak tahu tak, gf lama saya seboleh boleh cuba jaga hati saya.. tak pernah cari marah saya.. tapi awak..."

Haa... dah baca dialog2 kat atas tuh.. agak2 korang pernah tak hadapi situasi ni..di compare2 kan oleh bf sendiri dengan ex-girl dia. ish, rasa macam nak langgar je belakang bontot kereta dia.. ni adalah situasi yang perempuan paling tak suka sekali.. bukan sekali je tak suka.. tapi berkali kali.. trillion... billion.. sakit hati + kecik hati pun ye jugak.. sumtime til kita terfikir.. macam takda makna jer diri kita ni pada dia..

kepada kaum lelaki : if u r really2 love ur gf.. jangan pernah compare kan dia with ur ex.. coz sesungguhnya perempuan akan rasa macam dia tak mendatangkan makna jek pada korang.. mana mana girl pun akan cuba usaha untuk tunjuk kalau dia betul2 sayangkan korang. but u need to remember dat people make mistake rite..n kalau korang rasa yang ex-gf korang tu lagi perfect.. then y u break up?? n y korang boleh couple dengan gf korang yang sekarang?? WHY??

Ok, sumtime korang memang macam berniat baiklah kan.. try nak ubah ur gf jadi lebih baik than before.. but, diz is not da right way... compare mengompare ( bahasa apakah ini? hentam sajalahkan.. )  adalah sangat salah disisi undang undang kaum wanita.. ini bukan cara nak membimbing.. tapi boleh menjatuhkan.. silap silap ditinggalkan.. yelah sikit2 ex korang.. banyak2 pun ex korang.. baik pi balik je kat ex korang.. betol dak.. apalah salahnya kalau guna dialog cenggini :-

" cubalah sekali sekala kalau saya merajuk awk datang pujuk.. kalau bukan awak yang pujuk saya siapa lagi nak pujuk saya "

haa... kan sedap sikit telinga ni dengar.. halus jer menusuk ditelinga.. tak pun camni :-

" kalau saya cakap awak mesti nak melawan.. dengarlah sikit cakap saya.. awak tak nak bau syurga ek? " 

ayat ni akan jadik lagi best kalau cakap dengan nada gurau gurau gitu... haha

actually compare ni boleh jadi pada 2 situasi.. dimana situasi pertama macam dialog kat atas tadi lah kan.. then situasi yang kedua pulak....

jeng.. jeng.. jeng... 

" saya tak tahulah kenapa saya sayang sangat kat awak ni.. dulu ex-gf saya, tak pernah pulak saya rasa macam ni"
" awak masak sedap sangat.. ex gf saya dulu pun pandai masak.. tapi awak lagi power " 

see!!! kalau korang cakap macam ni confirm berbunga bunga hati gf korang.. dalam hati macam tengah main buai laju2.. then sayang dia kat korang pun kompom semakin hari semakin bertambah tambah..


 p/s ; so renung2kan & selamat beramal.. :)

Saturday, October 1, 2011

ouch! love!


sayang, thanx for today..
im so hepy with you rite now..
i miss you so much
thanx for baby smurf tuh
like i told you before..
smurf tuh ibarat awak.
kalau saya rindu awak 
saya pelok cium dia
bukan dia jer..
termasuk awak sekali *gatai!
tapi kalau saya mara awak 
saya mara dia jugak
tapi yang ni saya tak kan mara awak sekali
tak sampai langsung disudut hati yang 360 darjah ni
nak buat camtu kat awak
then takut kalau awak marah saya balik
eee.. seram.. hahaha

Saturday, September 24, 2011

satu dan setengah

Satu dan setengah?? agak agak korang apa yang satu dan setengah yek.. biskut ke?? roti ke?? gula gula ke?? hurm.. berapa banyak ke lah kan.. actually SATU DAN SETENGAH tu adalah penambahan berat badan Nana. OMG!! semakin hari semakin memberat.. 1 1/2 kg * kompom bf tak larat dah nak dukung.. HAHA.. gatai! tapi serius.. semenjak dua menjak tiga menjak musim open house ni je kan.. berat badan dah semakin berleluasa..
pantang hari cuti.. open house sana.. open house sini.. non stop from makan.. hee... belum ditambah tolak dengan sekejap sekejap mcD.. mentang mentang dekat dengan rumah.. esok macam nak suruh diorang pindahkan jauh jauh sikit lah.. boleh tak?? HAHA!!

Nana tak mahu jadi macam ini meyh.. 

amaran keras : ini bukan NANA!! * gambar sekadar hiasan

sangat menakutkan bila melihat gambar kat atas ni.. sudah lah perut dah ada ciri ciri sesikit.. HAHA!! * kantoikan diri sendiri.. sebelum ni Nana cuma hangat hangat tahi ayam je kalau sebut pasal diet..mulut cakap diet 3 kali seminggu.. tapi makan pat belas ratos kali sehari.. apa pon tak boley!! tapi lepas ni...... lepas ni tau...  lepas habis raya lah kan.. ni nak makan puas puas dulu..

SELEPAS INI..

  1. everytime cuti Nana nak try g jogging kat bukit serindit tu macam dedulu.. * last time pegi tahun 2009 kot.. gila lama dah tak exercise
  2. say NO to mcD.. omg!! boleh ker..
  3. say NO to ice n carbonate drink too..
  4. mengurangkan kuantiti makanan yang nak disumbat ke dalam perut yang comel ini.. kuantiti jerlah.. berapa kali sehari belum dapat dipastikan lagi.. :P
  5. Nana akan menggunakan segala krim pati pati yang ada untuk melangsingkan perut yang dah mulai seksi ni.. pati halia.. pati limau nipis.. kesemua enam enam yang ada kat tibi tuh jerlah senang cerita. kecuali pati sirap or pati sunquick.. agaga..
rasanya cukup dengan 5 ni jer dulu.. ini pun belum kompom lagi menjadi ker tak.. kalau susah susah sangat nanti Nana jahit jer mulut ni..macam orang mogok makan.. HAHA! cakap taip lebih . macam berani nak buat kan.. tercucuk sikit je dah menjerit sampai satu melaka boleh dengar.. * nampak benor nipunya..

p/s : doa doa kan lah semoga Nana berjaya dengan misi ini.. semua baju dah tak muat tau.. Sedih!! T_____T

dapat macam ni pun dah ok.. :P

Sunday, September 11, 2011

asyik asyik macam nie.. terseksa!

AWAK
apa agaknya yang awak tengah buat sekarang ye
awak sihat ke tidak?
hari ni awak makan lauk apa
tadi siang awak pi mana?
awak rindu tak kat saya?
hari ni awak ingat saya tak?

ermm.. kalau lah saya boleh tanya soalan soalan ni kat awak.. mesti saya tak rasa macam apa yang saya rasa sekarang ni.. kenapa lah lately kita mesti ader jer yang nak terkehel.. benda kecik jadik besar.. benda besar??? op coz lah jadi sangat besar.. 

i know my words on dat day sangat keterlaluan.. but im very disappointed with u on dat time.. n saya tahu awak cuba untuk pujuk saya.. call saya berkali kali.. berjuta juta lemon.. but sekali pun saya tak pick up..  now dah 2 hari saya tak dapat text dari awak.. no more ur voice n no more ur laugh.. SUNYI! :(

seriusly saya still lagi merajuk.. tapi hati ni saja je nak seksa saya.. gedik gedik nak rindu rindu kat awak.. ngada ngada nak tengok gambar awak... dan jari ni plak dah tergatal sent mesej kat awak.. kalau lah awak tahu.. saya tunggu awak call.. saya tunggu awak text.. tapi HAMPEEE!!! saya yang merajuk.. awak pun jadi merajuk jugak ye.. debik nak tak????

ermm.. awak, saya mintak maaf.. hope i can see ur smile tomorow.. 

p/s : sesape tolong bagitahu dia... yang saya rindu dia.. :(

Sunday, September 4, 2011

happy birthday to me!!

holla!!! thanxs all for wishing my bufday... thanx a lot to my family.. my baby boo.. my geng n member member FACEBOOK. even ada sesetengah tu yang Nana tak kenal pun siapa korang.. but u all still ada hati nak say HAPPY BIRTHDAY.. thanx sangat tau.. terharu.. T____T  sob sob sob.. pejam celik pejam celik nana da 21.. ish.. rasa macam baru je main masak masak semalam.. haha.. pada mereka yang dah mendoakan semoga nana dipanjangkan umur.. dimurahkan rezeki..bahagia bersama yang tersayang... so, nana pun doakan korang macam tu jugak ok.. :))

to my beloved family,
exspecially for mumy n dady thanxs untuk penjagaan yang rapi selama 21 tahun nie.. even sumtime rasa macam terkongkong.. but i know tu semua untuk kebaikan.. maafkanlah diatas ditepi dikiri dan kanan kenakalan dan kedegilan anakmu ini yer.. to adik berdaik yang lain.. thanx jugak sebab sanggup melayan karenah kakakmu yang mcam macam ni.. walaupun aku tau adakal korang rasa macam nak bagi kaki jer kat aku kan.. hahaha... lepas ni dengar je cakap aku tau.. tak baik derhaka derhaka... haha..

To Bella,
aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga ok.. cewah dah macam nak bagi ucapan dalam majlis plak..haha.. tenkiu kat kau.. n tenkiu jugak kat laki ko.. takda dia.. maka tak sampai lah ko kat rumah aku.. ye dak... thanx untuk kek tu.. present tu semua ok.. rili rili appreciate it.. u r my bestie 4eva tau.. but sory ar kena tunggu lama kayh.. kau da sampai rumah aku, aku tak siap lagi.. terbangun lambat lah.. kes bergayut malam tadi.. hehe... (paham paham jerlah orang bercinta :P)


to my baby boo
firstly im so sory coz merajuk merajuk dengan awak on dat nite... :( saya tau awak hangin dengan saya.. tapi awak sabar jugak kan.. still pujuk saya.. even kepala saya ni keras dah macam tembok besar china.. tak cukup dengan malam... siang pun saya wat hal jugak lagi.. angin dengan orang lain.. awak jadi mangsa.. entah apalah dosa awak time tuh kan sayang.. sorryy..... :(  awak ajak saya buat semua benda yang saya suka buat.. berbowling.. karoke.. mamam mcD.. tapi saya lagi banyak diam dari bercakap..  selalu saya aje yang pot pet pot pet.. pening kepala awak nak layan kan.. saya tahu awak boring sangat time tu.. sorry sangat ok.. btw thanx sesangat untuk cincin tu sayang... rili love it.. plus ada nama kita dua lagi kat cincin tu "rozie n zul" saya pakai 1 awak pakai 1.. saya janji saya takkan tanggalkan cincin nie.. awak pun sama tau.. i love you.. <3




Saturday, September 3, 2011

Cerita Hari Raya Saya

Pada suatu hari.. cewah.. macam cerita dongeng kanak kanak pulak yek..  tajuk entry pun macam tajuk karangan budak darjah 3 jerk.. tapi  nana kisah apa.. diz is my blog.. so, punya sukalah kan.. bhahaha..  
 raya tahun nie bagi nana adalah raya yang paling tak best sekali.. diulang sekali lagi TAK BEST.. bukan sebab takde baju raya.. kasut raya.. beg raya.. n segala yang berkait dengan  raya.. tapi kehangatan raya tu yang takde.. pasal  tak pergi jalan raya.. bukan jalan raya yang korang lalu hari hari tu ok.. tapi bahasa tepatnya.. kunjung mengunjung rumah sedare mare.. kengkawan..  musuh.. eh, musuh?? Ooo.. musuh pun kena lah pergi jugak.. hari raya kan kena bermaaf2an..  so, untuk hari raya pertama jerlah nana round johor  tu.. sampai ke pontian semua.. pergi rumah atok sedare sebelah mak.. tapi nana bukan kenal pun.. haha.. apa pon tak boleh kan..

Sebab yang kedua yang jadi tak bestnya.. bcoz  mum n dad stay satu kampung.. tak sekampung sangatlah.. just sebelah sebelah je..  nak tau apa pasal tak best???  1st mestilah sebab tiap tiap tahun balik kampong tu aje… cecuti pun kampong tu jugak.. balik raya pun kampong tu jugak.. nak jugak rasa balik kampong lain.. ermm..takpe.. sikit hari lagi.. boleh raye kampong mertua.. lalalalalala.. then  rasa ralat.. kenapa ralat?? Bila time raya dah kompom kompom berkonvoi kan.. pergi sana.. pergi sini..  then katalah time tu nana follow family gie raya rumah sedare sebelah mak.. nana dah rugi nak follow  gie raya rumah sedare sebelah ayah.. macam tu jugak if follow beraya rumah sedare  sebelah ayah.. nana dah rugi nak jumpa sedare sebelah mak.. memang lah boleh pergi nantikan dengan family nana.. but kan lagi meriah kalau beramai ramai… apa tuh omputeh cakap ‘the more, the merrier’.  Kalau kampong jauh jauh taklah terasa ralat sangat kan.. tapi nak cemane.. terima jerlah.. jodoh mak ayah.. haha

Sebab yang ke3  pulak sebab tak dapat duit raya.. uwwaaa…  haha.. ada sapa sapa rasa macam nak pukul nana?? If ada sila blah cepat cepat ye… tapi kalau ada yang nak bagi duit raya tuh.. meh lah jemput datang rumah.. tapi amik no nie dulu..  012-3456789..text me n nanti nana sms address nana ye.. grr.. poyo!!! Tapi betullah kan.. dulu kecik kecik banyak gile dapat duit raya.. tiap tiap rumah pergi mesti dapat 1 sampul duit raya.. tu paling minimum lah tuh.. sekarang bila cakap je nak duit raya.. terus kena sergah

“hah, kau dah besar.. dah keja.. tak payah!!!”

jangan kata duit raya.. sampul pun tak dapat..ishh.. kan belum kawen lagi.. boleh kot nak dapat duit raya..  kedekut betul! (bajet macam tahun baru cina plak an.. ikut status)

Dan yang last sekali… jeng jeng jeng.. nie antara sebab yang paling tak best lah nie.. belum puas cuti dah kena  kerja.. adoii..  sumpah malas.. “kerja malas.. bila gaji sikit merungut.. bla bla bla..” (marah diri sendiri nie) haha.. sedar diri kan.. korang tak payah bebel lagi dah.. sebab nana dah bebel kan diri sendiri…

diz is what we call.. mum bz beraya.. anak dah macam2 gaya



Monday, August 22, 2011

im nothing maybe!

malam tu bila awak tiba2 sebut pasal dia
hati saya dah rasa lain sangat...
bila awak mula puji segala gala tentang dia
saya rasa diri saya terlalu kerdil kat mata awak..
bila awak kata 
"beruntungnya siapa yang dapat dia.."
so, dalam hati saya pun cakap 
"iye! rugikan awak kenal saya"
bila awak cakap lagi 
"if she love somebody dia betul betul akan tunjukkan yang she rili rili love dat person"
saya pun mula tertanya tanya lagi 
"so, selama ini saya tak pernah ke tunjuk sayang saya kat awak"
bila awak kata sepanjang awak couple dengan dia.. dia tak pernah buat masalah melainkan awak sendiri yang mendatangkan masalah
tiba tiba hati saya mengaku.. 
"ye! saya tahu saya selalu buat awak marah"
bila awak mengaku kekesalan awak sebab tak hargai dia suatu ketika dulu
mulalah hati saya tertanya tanya 
"sayang lagi ke awak kat dia?"
untuk menguji berapa banyaknya sayang awak kat saya
saya tanya awak soalan ni
" if time can repeat.. awak nak tak pergi semula ke masa tu"
and ur answer is YES!!
OMG!! seriusly bukan jawapan ni yang saya harapkan
tapi saya mengharapkan 1 jawapan yang boleh bagi saya rasa bersemangat semula
even saya kecewa time tuh..
saya tetap terus uji awak.. saya kata
"so, pergilah cari girl lain yang macam dia"
awak jawab 
" takde orang lain yang macam dia.. cuma dia sorang je yang macam dia"
saya tak puas hati dengan jawapan awak.. saya cakap lagi
" memang lah takde orang lain yang macam dia.. tapi mana tau kan terjumpa yang lebih baik dari dia.. bukannya yang jahat yang macam saya"
dan jawapan awak cuma ini 
"dah jodoh saya jumpa awak"
ok, fine.. JODOH!!
then bila awak cakap  
" DIA LAH PEREMPUAN TERBAIK YANG SAYA PERNAH JUMPA"
 yang mampu saya kata  
"now i know, yang saya takde erti pun buat awak"
tapi ni saya cuma terluah dalam hati je..
tak mampu saya nak zahirkan coz saya rasa down sangat time ni
and saya akui
"3 years cannot be same like 3 month" 



p/s : "dia" tue merupakan ex-gf dia :(

Saturday, August 13, 2011

menaip kerana saya teringat & terkenang

INI ENTRY UNTUK AWAK..

yaa... awak dan bukan orang disebelah kanan awak.. kiri awak mahupun di belakang awak ..

saya cuma nak cakap yang awak BETUL!!!
tak akan ada orang yang mampu sayang saya macam awak pernah sayang saya..
awak yang selalu sabar dengan perangai saya...
awak yang selalu tahan dengan amarah saya..
awak yang selalu setia dengan saya...
awak yang selalu ada tak kira saya dekat.. jauh... senang or susah..
awak yang terlalu susah untuk simpan benci dan dendam kat saya..
awak yang still angaap saya kawan awak walaupun saya tersangat kejam dengan awak..
selalu unfair dengan awak..
dan....
awak yang tak pernah keluarkan ayat 

"rozieana, jangan malas2"
"rozieana i tak suka kalau u asik nak tido jerk"
"rozieana i tak suka if u banyak frens dengan lelaki"
"rozieana i tak suka if u asik nak shoping.. membazir!"
"rozieana cuba belajar masak"
"rozieana i tahu u kena puasa tomorow"
"rozieana u jangan keluar dengan A.. dengan B.. n bla3"

awak yang terbaik yang pernah saya jumpa di abad ni
tapi awak jangan salah faham..
ini bukan sebab penyesalan..
diz entry sy taip sebab tiba2 saya teringat awak... 
tambah tambah di bulan bulan puasa ni kan..
air kotak laici vs biskut oreo.. 
hope u still remember dat...
if nanti awak dah ada gf.. awak jangan lupe saya tau.. :))
then lagi 1 jangan cari yang macam saya..
nanti kamu owez akan sedih macam kamu dengan saya dulu2.. 
i think sampai sini sahaja..
take care ok..




Monday, August 1, 2011

RAMADHAN datang lagi

hollaa alls.. sumpah lama tak hadap menatang ni.. ops!!! kecik ati pulak nanti.. pembetulan ok.. dah lama tak menghadap blog Nana yang comel nie.. ermm.. comel ker.. ( pikir sekejap ) .. 2 bulan dah tau tak hupdate apa2 kat sini.. dah bersarang2 blog ni.. bukan setakat spiderman jer.. batman.. ultraman.. keluangman.. semua dah wat setinggan kat sini.. now time untuk mengusir mereka.. agak2 pakai shieldtox mereka lari tak.. HAHA! ok.. stop from mengarut..

Btw tujuan sebenar Nana mengepos entry ni just nak wish to u all... selamat menjalani ibadah puasa.. yang mana boleh puasa tue puasa lah ye... kalau degil tamo pose jugak.. tak buley kata apa lah kan.. cuma boleh nasihat... kalau nak makan nyorok2 lah ye.. respek kt orang yang pose 1 hal...n yang paling penting mengelakkan dari kena naik van mayat.. HAHAHA!!!.. mau3????? kalau Nana sumpah tamo eyh.. takott...

Haa... Suddenly kan Nana teringat tau kenangan time Nana kena belajar pose mase kekecik dedulu.. sumpah lawak... masa tu umur Nana baru 6 tahun.. Nana ni sejak azali memang kuat makan.. pengakuan berani mati ni tau.. HAHA! so, bila tiba2 je tak dapat makan.. Ya Allah.. rasa macam nyawa dah kat kerongkong...  muka da mcm hape.. lemau jerk.. plus masa  tue Nana tak tau pun puasa tue apa.. kenapa kena puasa.. yang Nana tau tak puasa tak boleh raya.. tapi sekarang Nana dah tau.. itu semua dusta... bukan fakta.. tapi auta.. sebabnya, apa yang Nana selalu nampak.. orang yang tak pose yang akan beria2 beraye..HAHA! betol tak orang2 yang tak puasa... bek mengaku.. bulan pose menipu.. tak baik tau...

lebih kurang cenggini lah kot mukanya..

Back to da story.. pagi till tengah hari.. its ok lah.. boleh tahan lagi.. walaupun dah merengek2 mintak makan... pengemis pun kalah tau.. :P masuk je area pukul 2,3 petang.. sumpah memang tak boleh tahan dah.. dari merengek.. bertukar menangis.. eee...tak malu.. menangis punya menangis.. sampai Nana terkeluarkan sebaris ayat yang Tak Kusangka Tak Kuduga tau.. nak tau ape dia.. jeng3... 

"KALAU NAK BUNUH ANAK.. AMIK JER PISAU.. BUKANNYA TAK BAGI MAKAN"

Ayat ni telah Nana lontarkan kepada mak Nana.. terukkan.. time tu pun mak Nana siap upah bg RM1 lagi.. kalau budak2 sekarang dengar.. maybe akan cakap.. ek eleh.. RM1 jer.. apa dapat... tapi mengertilah kamu ye wahai adik2.. RM1 dulu dengan sekarang jauh beza.. dedulu dengan RM1 macam2 boleh dapat.. bukan macam sekarang.. alaaa... tapi itu pun Nana pulang balik duit tu... sebab dalam kepala otak ni pikir nk mencekik jerk.. HAHA! last2 agak2 mak Nana dah tak tahankan, dia pasrah ajelah.. berbukalah Nana pada petang tersebut.. kenyang makan.... then yang tak malunya.. bila perut dah kenyang boleh mintak balik duit tu.. ape pon tak boley!!!

Disebabkan peristiwa bersejarah itu.. every years Nana akan dibahan oleh mak.. uwwaa... malu tau... hentaman akan jadi lebih teruk lagi.. dimana kalau ada budak2 kecik yang baru nak belajar pose.. boleh pose rilek jerk... walaupon cubaan hari pertama.. diorang takde pun keluarkan ayat power rangers macam Nana tuh.. Nana rasa lah kan dalam dunia nie.. Nana sorang jer kot yang keluarkan ayat tuh.. HAHAHA..benda ni yang Nana takkan lupakan sampai bebila...yerlah.. kalau ponteng2 pose tuh kira standard lg lah kan.. tapi yang ni kira special tau.. haa... udah2 lah kalau menggelakkan tuh ye.. PANG nanti.. :P kalau korang pun ada pengalaman masa 1st time kena belajar pose... meh2 lah share dengan Nana.. nak sesibok jugak.. HEHE.. 

p/s : selamat berpuasa.. :))

Monday, May 2, 2011

yang untung untung, yang rugi cuba lagi

sukacita dengan riak bongkak dan takburnya hendak dimaklumkan bahawa Nana telah menang join  contest yang dianjurkan oleh Khusaini Noryazid.. boleh kelik SINI untuk maklumat lanjut.. setelah berjela jela penerangan yang diberikan.. *walaupun sebenarnya beliau tak mahukan berjela jela.. Nana menang juga contest nie.. walaupun cuma no.3.. Alhamdulillah lah kan.. hadiah pun sama je.. tetap potret..

for da first thing.. Nana ingat Nana macam takda harapan nak menang je.. yerlah.. coz ada sesetengah blogger yang join.. diorang letak picture mom n dad diorang.. n reason diorang coz diorang nak wat potret tuh as a mothers day present if diorang menang.. so, mestilah macam lagi bermakna kan.. if nak compare dengan Nana.. dok tempek muka sendiri.. tapi bak kata orang.. tuah ayam nampak di kaki, tuah Nana mana lah nak tahu.. tapi tuah ayam memang lah boleh nampak sebab dia tak pakai kasut.. HAHA!

ok, stop merepek.. pape pun Nana nak terima kasih sangat kat Khusaini Noryazid ni sebab dah pilih Nana as a pemenang kat contest dia.. n dah lukiskan potret Nana lagi.. tapi Nana nak marah sikit.. sebab dia lukis pipi Nana gemuk sikit dari asal *ceit, tak bersyukur.. tadelah.. cantiklah dia lukis.. kalau nak compare dengan Nana, nak lukis doodle pun tak reti.. naif sungguh.. jom tengok bawah.. Nana nak menunjuk ni..




haa.. ni lah lukisan dia.. cantik tak.. sama tak.. kenapalah Nana takda bakat melukis kan.. kalau ada mesti seronok.. kalau korang rasa berminat nak ada lukisan macam ni jugak.. korang boleh klik kat nama cik abang kat atas tuh yer.. tak pun jalan mudah add je fb dia DI SINI.. ngurat ngurat sikit..kenyit kenyit mata.. untung untung dapat lukisan free.. HAHA! joke jerlah.. tapi siyezly beliau ok.. sangat pemarah peramah.. tak bohong punya..

rasanya cukuplah sesi riak takbur bongkak Nana ni.. tuhan marah! hee.. sebenarnya tiada niat pun nak bongkak riak takbur.. tapi sesaje je kata gitu.. yang sebenarnya sangat terharu.. niat sebenar nak cakap TERIMA KASIH je.. then kalau korang nak tengok lagi siapa insan bertuah yang dapat no.2 dan no.1 pulak.. boleh klik SINI.. kalau baik hati follow lah beliau sekali.. untung untung beliau wat contest lagi dan anda pulak pemenangnya.. boleh dapat potret sama macam Nana.. :)

p/s : now, Nana dalam mood menanti potret ini sampai di rumah.. tak kesabaran nak frame besar besar then gantung kat ruang tamu.. biar asal orang datang datang je nampak gambar Nana dulu.. nak top saja kan.. HAHA!

photoGEDIK

selamat tengah malam all.. pernah tak korang dengar word ni.. "photogedik" kalau pernah bagus.. kalau tak pernah dengar, baca sini.. nak dengar kat sini memang tak boleh lah kan.. HAHA! so, baca jerlah er.. selalu kita dengar PHOTOGENIC.. tapi ni Nana kasi tukar sikit perkataan yang belakang tu dengan perkataan gedik.. photogenic tak payah cerita lah.. muka dengan kamera memang dah sangat sebati.. wat muka huduh pun tetap nampak cantik.. tapi untuk kes yang photogedik ni.. berhempas pulas wat muka comel pun tetap huduh jugak..

Nana cakap beserta bukti tau.. ni salah sorang yang photogedik..

gedikkan posingnya ni
itu baru satu.. kalau tunjuk banyak banyak boleh muntah.. demam malaria semua boleh dapat.. kesian korang nanti.. HAHA! tapi tiba tiba rasa macam tak kesian pula kat korang.. nk jugak upload lagi.. so, sediakan besen d sebelah..



mana lah tak photogedik kan namanya.. sudah lah huduh tak berapa nak cantik.. tapi comel tu adalah kot.. HAHA! posing pun gedik.. tapi kisah pulak kan.. as long Nana happy.. dah hobi pun bergambar.. cantik tak cantik belakang cerita.. kepuasan itu penting.. orang lain Nana tak tahulah..

kadang kadang Nana pelik kenapa orang tak suka tangkap gambar.. kenapa malu sangat kalau nak berdepan dengan kamera.. nak ajak snap pic pun kena paksa paksa.. macam nak kena sembelih gayanya.. ada masalah terkena flash yang boleh membawa kepada kematian ke.. tapi bukan ke tu boleh adjust.. off jerlah flashnya.. tangkap gambar itu seronok tau.. PICTURE IS MEMORY.. bak kata ayah Nana " nanti dah tua tua boleh tengok" boleh tunjuk kat anak cucu cicit.. "nenek dulu cantik.. comel.. seksi.." tuh contoh.. n tu pun kalau panjang umur.. rasanya cukuplah merepek ni.. sebagai penutup.. silak butakan biji mata anda lagi..




p/s : kalau tak suka, tak payah kutuk ok.. laju laju blah dari sini tau.. ini entry memang agak bosan sebab semuanya muka Nana je.. nak muka orang lain.. Aaron aziz ke.. farid kamil ke.. diana danielle ke tunggulah episod akan datang ye.. tata titi tutu..

Friday, April 29, 2011

hafizzainal's contest - senyuman mahal

hoiii.. korang.. Nana join contest lagi.. masuk yang ni.. ni contest yang kedua Nana join untuk hari ni.. HAHA!.. gila kentang dan gila contest erk.. contest ni di anjurkan oleh sum1 hensem tau.. huhu.. *nak sain.. nak tahu kelik SINI. cita cita dia nak jadik dentist... fuiyoo.. ni yang tibe tibe nak check gigi selalu.. :P

sebelum terlupa meletakkan banner seperti contest yang pertama tadi.. meh Nana letak cepat cepat.. kang dah excited tak hingat..
 

Haa.. nampak tak.. nampak tak.. banner pun dah boleh wat cair meleleh tau.. memang bagus pun dia wat contest ni.. sebab senyuman dia memang mahal.. bukan in Ringgit Malysia lagi dah ni.. tapi US dollar.. HAHA! So gambar yang akan dipersembahkan ialah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

taraaaaaaaaaaaaaaaaaa



Ni lah senyuman paling mahal yang Nana ada.. maybe bagi korang tak mahal mana pun.. setakat seposen doposen je.. tapi pada Nana ianya mahal.. semahal baju baju kat Quicksilver.. kenapa?? sebab ni senyuman paling ikhlas.. tak dibuat buat..

gambar ini bersifat CANDID tau.. itu pasal ler leher dah macam orang banyak mencekik leher ayam.. HAHA! lagipun ni sewaktu muda muda.. mudalah kot sebab tak masuk 20 agy time nie.. then ni pun picture last year.. nampak background tuh.. cantik tak.. certeka certeka kat ne.. haaa lambat.. lokasinya kat KLCC.. time ni pulak bulan pose.. Ramadhan al Mubarak.. so, nampak kan sinar orang pose kat muka tuh.. kuang kuang kuang..


jadik step yang terakhir Nana nak kena tag 3 orang.. errmm.. kalau tak nak tag boleh tak.. Nana bukan ape.. yelah.. nanti kalau diorang join.. tipislah harapan Nana nak menang kan.. kah kah kah.. ngengada.. ok, mangsa tag kali ni adalah..


yang di tag belum mendengar lagi berita bahawa yang mereka telah ditag.. tetapi mesej telah dihantar.. cewahh.. dah macam voice sms pulokk.. so, bagi sesiapa yang berkeinginan nak join boleh tekan SINI..

Khusaini noryazid nak lukis muke korang

Salam.. ok. tak boleh intro panjang panjang.. tak boleh membebel banyak banyak.. sebab Nana tengah kejar masa ni.. takut tak sempat.. Nana nak join contest.. contest anjuran Khusaini Noryazid.. dah lah contest ni akan berakhir pukul 11.59 malam ni.. HAHA! bikin kelam kabut kan.. lama lagi.. rilek der.. alaaa.. Nana bukan ape.. hormon excited terlebih nie.. haruslah excited.. join pun sebab nak MENANG.. tapi kalau tak menang.. nak wat camna.. duk dalam almari nangis jerlah kan.. ok, tamat! sesiapa yang nak join.. ayuh ke MARI.

sebelum terlupa.. meh letak banner beliau dulu ok.. *sebenarnya dah terlupa dah pun td T_____T


jadi untuk itu gambar yang dipertaruhkan oleh Nana ialah ini.  makcik pakcik.. sila tutup mata.. nanti kamu akan kecintaan kepada saya untuk dijadikan menantu.. HAHA!


tuan penganjur, disini Nana sertakan sebab musabab ye kenapa awak kena lukis muka Nana.
  • sebabnya kalau awak tak lukis gambar Nana, Nana bakor awak.. HAHA! *sila takut
  • coz i think Nana nampak sweet sangat dalam gambar ni.. *poodaahhh!! sumpah perasan
  • Nana tak reti melukis.. jadi Nana suh la awak kan.. logikkan alasan ni..
  • selain tu, Nana nak wat takutkan tikus kat belakang almari.. HAHA!
  • teringin nak ada potret muka sendiri.. apatah lagi in sopan version .. :)
  • kalau Nana suruh pelukis jalanan yang lukis muka Nana yang comey ni, nanti Nana kena bayor.. kalau suruh awak free kan.. kan.. kan.. * nampak sangat kedekut erk.. 
  • pastu pastu pastu.. kalau awak lukis gambar Nana, Nana gerenti nanti awak akan dapat ilham dalam apa je yang awak nak buat *nampak benor nipunya kan.. 
  • actually diz is my first time Nana hangout dengan tidak BERfree hair.. kerana berazam untuk bertudung pula selepas ni.. so, i wanna make it as my memory.. frame besar besar.. dan kalau orang tanya saya cakap lah "Khusaini Noryazid yang lukis.. nak tempah ke?" HAHA!
  • i love diz picture so much.. its bring 1001 makna..
ok, done!! tak berjela jela sangat kan.. Hee.. sila bagi Nana menang yer.. kalau tak Nana akan terjun dari bangunan Mahkota Parade malam ni.. ok, tipu! to alls yang nak join boleh kelik kat perkataan "MARI" yang kat atas tuh ye.. selamat mencuba.. :)

Pizza Hutt di Malim, Melaka Diserbu!

Berita tergempar!! Pizza Hutt di Malim, Melaka diserbu! jarang sekali kan kita mendengar Pizza Hutt diserbu.. ya, ini kejadian benar.. kejadian yang berlaku pada hari ini iaitu hari Jumaat kira kira selepas kaum Adam pulang dari sembahyang jumaat.. Pizza Hutt yang terletak berdekatan dengan Politeknik Kota Melaka itu dikatakan diserbu akibat terdapat salah seorang pekerja mereka yang mempunyai kes yang sangat berat..

kes?? apakah kes yang berat tuh.. mengedar dadah kah beliau.. atau beliau telah menyonglap duit hasil jualan pizza.. ternyata bukan itu kesnya.. tetapi adalah kerana beliau mempunyai kes kecomelan yang melampau.. dan kerana itu Pizza Hutt tersebut telah diserbu dan orang ramai yang datang berpusu pusu bukanlah kerana ingin menikmati keenakan pizza seperti yang terpampang di muka tibi or di dada awak akhbar.. tetapi sebaliknya hanya ingin menyaksikan kecomelan beliau..

antara beberapa gambar yang didapati dari sumber orang ramai..







ya, memang tak dapat dinafikan yang beliau memang mempunyai kes kecomelan yang melampau.. jadi mari gelakkan diri sendiri.. HAHAHAHAHAHA!!!!!! lu olang suda terkena.. ok, maaf.. maaf.. maaf.. Nana tahu mesti korang rasa macam nak muntah, mual n loya kan.. tak pun mesti rasa macam nak bakor je blog ni kan.. *kita bakorrr.. kita bakorr.. Nana mintak maaf hujung rambut sampai lutut.. eh, salah.. sampai hujung kaki ok.. tada idea nak hupdate sebab tu sawan merepek mari..haa.. nampak benor nipunya kan.. dah wat dosa di hari yang baik ni.. huhu

p/s : baju ini adalah hasil dari rembatan Nana dan digayakan ketika adik lelaki Nana sedang enak dibuai mimpi.. HAHA! Nana tak kerja piza ok.. jadi sila jangan cakap nak order piza.. sepuk karang..

Thursday, April 28, 2011

bila dah terlebih pandai, bumi je dikatakan kiamat!

Selamat malam anak anak.. ok, malam ni Nana nak jadi ustazah sebentar yer.. jadi sila panggil saya Ustazah Nana.. ceit, poyo.. nak tahu kenapa tiba tiba malam ni Nana nak jadi ustazah.. sebabnya Nana menemukan sesuatu ini malam.. nampak title atas tuh? haa.. berkenaan dengan itulah sebenarnya.. kiamat bumi!!




Ada ke dikata kiamat bumi je.. kalau kiamat dah kompomlah habis semua.. ni adalah 1 laman web yang bijak pandai sangat yang jual tiket penerbangan ke dunia baru dan tinggalkan planet bumi ni.. bukan Air Asia.. bukan MAS.. tapi tidaklah diketahui oleh Nana sebenarnya.. mereka seolah olah terlalu taksub dengan 2012.. terlalu percaya yang bumi akan hancur pada tahun tu.. dan ini adalah antara kenyataan mereka yang sudah di translate kan oleh Nana. "Dunia seperti yang kita tahu akan berakhir 21 Disember 2012!" KITA?? eh, kau jerlah tahu kot.. kami tak tahu pun..HAHA! sekalipun bumi ni hancur.. macam lah planet lain tak hancur.. agak agak dunia baru yang kat mana erk yang diorang nak pergi tuh.. planet pluto ke.. zuhal ke.. tak pun planet marikh yang takut binatang marang kerapu kepunden marang sekeper!! (kucing) HAHA! kesian.. macam tah hape hape..

siap suruh orang bayangkan kalau hari itu adalah 21 Disember 2012 dan kita baru saja dapat tahu yang dunia sebenarnya akan berakhir. Apa yang kita nak buat?  Orang lain mungkin time tuh dah kelam kabut pikir mana nak lari kan.. Tapi kita pulak dah tak payah risau kalau dah tempah tiket bodoh dia tuh.. "Escape Earth Tickets".. urr... mengarut!!

Nana percaya korang tak terpengaruhkan dengan lawak bangang ni.. terpesong akidah.. sesungguhnya kiamat tuh rahsia Allah.. yang Nana tahu ustazah dulu pernah cakap kiamat akan jatuh pada hari JUMAAT.. tapi pada masa bila.. bulan bila.. tahun berapa.. pukul berapa.. itu semua kita tak kan tahu.. untuk tahu lebih lanjut pasal penjualan tiket tu SINI



Errr... merajuk!

M.E.R.A.J.U.K! siapa yang suka merajuk sila angkat tangan macam saya * ikot gaya usop whilca.. Elelehh.. tak nak ngaku konon.. kalau malu meh bisik.. janji tak habaq kat orang lain.. HAHA! Sebelum Nana memulas mengulas lebih lanjut pasal merajuk nie.. Nana nak wat pengakuan berani mati dulu ye.. yang Nana pun sebenarnya kuat merajuk.. hee.. dah! takyah nak kutuk sangat.. at least kalau Nana merajuk Nana diam.. then lame lame ok sendiri.. no need orang nak pujuk pujuk ni.. semakin menyampah nanti.. then depends on a reason.. takde sebab nak merajuk tak tentu pasal..

Merajuk selalunya dikaitkan dengan perempuan.. kononnya perempuan hatinya cepat terusik.. cewahh.. padahal lelaki pun kurang lebih jerk.. bezanya, perempuan kalau merajuk comel.. Nape Nana cakap comel.. sebab perempuan kalau merajuk mulut mesti nak muncung.. macam muncung itik.. siap boleh ikat reben lagi.. bak kata mak Nana la.. tapi kalau lelaki.. muncung + misai + janggut??  eeuuww.. alamak, huduh! tak dapat dibayangkan..

Merajuk sikit sikit ok lah kan.. nampak manja gitu.. ni yang merajuk lebih lebih had ni yang Nana tak faham kadang kadang.. kalau sekali dua ok la.. masih dibawah kawalan.. tapi kalau selalu?? isu kecik je pun.. sekecik zarah.. *bukan Zarah kawan Nana tu taw.. ni zarah yang selalu keluar dari mulut cecikgu kita kalau belajor fizik dedulu.. tapi zaman Nana dah tak sebut zarah.. tapi disebut "atom" or "particle"..  tuh dia.. terkeluar bahasa penjajah.. HAHA! kalau lah korang dijodohkan untuk berjumpa dengan orang macam ni.. sumpah menyampahkan?? meluat pun yer.. agak agak lah kan apa yang korang buat ek kalau jumpa orang yang type macam ni..

Kalau Nana, akan ada 5 ayat je yang Nana akan ucapkan.. bukan I LOVE YOU.. bukan IM SORRY.. tapi ini :-

1. " lu pehal derr.. sesikit merajuk.. bulan mengambang erk "
2. " lu ni kurang kasih sayang ke derr "
3. " wa tengok lu kecik besar kecik besar je.. lu p lah cari kawan lain.. wa dah bosan dengan lu "
4. " ati kalau kecik jangan kawan dengan wa ok! "
5. " harap muka je legend.. tapi hati macam tisu "

sila jangan jadi sengal untuk meniru aksi ini ya.. sebab ayat macam tak cukup ajar je semua tuh..  kalau merajuk, ubatnya pujuk lah kan.. tapi kalau da selalu sangat nak merajuk, sehari 3x setiap lepas makan.. *dah macam makan ubat pulak.. HAHA! memang mintak makan kaki lah kan.. ok, serius! nak pujuk pun bukan boleh sebarang pujuk taw.. kena tengok gak orang yang nak dipujuk tuh macamana.. masalah tuh berat ke or biasa biasa.. kena orang yang merajuk tu jenis yang serius.. dan masalah pun berat seberat lori 10 tan, then gi  pujuk dengan buat lawak bangang.. memang Nana sangat yakin anda akan memenangi hadiah penampor jepun free dengan berkelajuan 120km/j.. jadi sila sesuaikan dengan keadaan ye.. pandai pandai lah ambik hati..

macam mana nak ambik hati?? lu pikirlah sendiri.. Assalammualaikum!

p/s : sebelum terlupa.. Nana nak ngumpat sket.. sebenarnya ada orang tuh merajuk dengan Nana.. huhu.. comel lah kengkonon.. nak tahu TEKAN SINI.. punca merajuk memang dah dapat dikenal pasti.. puncanya INI.. HAHA! Takmao lah merajuk dengan Nana.. Nanti Nana belaja kepsii err.. setuju?? =P


say NO to curang!

Okey ini malam Nana punya entry sedang dalam mood cintan cintun.. sesiapa yang rasa diri beliau ada alergic dengan cinta cinta ini dimana boleh jadi rabun ayam apabila membaca, nak terkeluar usus akibat terlalu loya.. anda boleh lah back to ur page or merangkak ke blog lain yer.. and bagi mereka yang tade blog plak.. boleh lah mengkelik X.. sebarang kesulitan tanggung lah sendiri.. tak dapek den nak nolong.. tapi rasanya tak akan lah jadi simptom simptom seperti di atas kerana entry ini agak emosi..

Kenapa emosi?? dah terang terang ada perkataan CURANG.. haruslah emosi.. ada ke bila sebut pasal curang, orang akan rasa hepi.. kalau yang hepi tuh kompom insan yang melakukan kecurangan itu kan.. tapi yang bagi pihak yang dicurangi ni.. hati dan perasaan tuhan saja yang tahu.. sedih.. geram.. sakit hati.. semua ada.. kenapa mesti ada istilah curang?? apa punca yang boleh menyebabkan curang??

Curang boleh terjadi atas macam macam sebab.. 

1. mungkin sebab pasangan kita yang kurang nak bagi perhatian kat kita.. sambil lewa je.. ada pasangan pun macam takda jerk.. 
2. tak pun sebab cinta jarak jauh.. 
3. atau kemungkinan memang mengalami penyakit pantang nampak!!pantang lah nampak yang cantik/hensem sikit semua nak try.. padahal pasangan diorang ok..tade masalah.. kiranya tamak!!

Kalau sebab pasangan kita bermasalah.. ok, fine.. boleh slow talk rite.. kalau boleh diselamatkan.. selamatkan.. kalau tak boleh jugak just say good bye.. cinta jarak jauh?? ni pokok kelapa pangkal kena tanya hati.. before declair tanya dulu dengan diri tu.. "bolehkah aku setia?" "sanggup ke aku tunggu?" jangan mula mula je.. lepas 2, 3 bulan menggatal dengan orang lain.. hangat hangat tahi ayam je baik tak payah..

Tentang ketamakan haloba ni Nana nak cerita panjang sikit.. tapi tak sikit sangat lah.. sebab macam tak puas hati.. HAHA! yelah, pasangan dah perfect tapi still nak menggatal.. apa yang dia nak sebenarnya.. nak penampar.. nak penumpuk.. nak penerajang.. haa.. mana 1 nak.. pilih.. pilih.. 3 sepuluh.. 3 sepuluh.. 30 pun boleh.. yang Nana tak faham tu.. time time tengah mencurang tuh.. tak terhingat ke kat pasangan dia.. tak rasa bersalah ke.. ke dia memang tade perasaan.. 

ape kesssss!!!

Belum lagi kalau kantoi.. ingat sepandai pandai tupai melompat.. dapat ke dia masuk sukan olimpik.. tak.. tak dapat pun.. ada tuh siap bermati matian tak nak mengaku.. sanggup sumpah sumpit bagai.. padahal kalau dalam gelap gelita pun memang nampak salah dia.. tak payah nak tunggu time terang pastu nak disuluhkan lagi.. ngaku je habis cerita.. dari dok tambah dosa menipu pulak kan..


Selalunya bila pasangan tuh dah kantoi curang.. mesti kita akan mintak break kan.. jangan lah cakap tak.. walaupun untuk jangka masa 5 minit.. still akan break.. kecuali mereka terlalu PEMAAF.. tak pun akan separate sementara.. dan yang si pencurang ni pula akan terhegeh hegeh  merayu rayu minta maaf bagai.. siap pakej menangis lagi.. dengan alasan sayang.. What the frog!!! kalau sayang tak curang ok.. ada jugak yang bagi alasan tak sengaja.. nawaitu nak main main je.. tapi tertangkap cintan.. puih... bukan main tak sengaja kan.. kalau Nana, dah ku bilang begini "saya pun tak sengaja nak mentalak lapan kan awk ni.. " HAHA! nampak benor nipunya kan..

Bila dicurangi siyezly hati memang pedih.. rasa digores gores dan menang.. hancur jadi serpih serpih.. tapi jauh disudut hati yang 360 darjah tuh mana boleh kita buang pasangan kita tu macam tu jerkan walaupun dia dah lukakan hati kita.. kalau betul dia sayangkan kita.. dan janji tak akan ulangi kesilapan lagi.. bagilah chance kali yang kedua.. kalau wat jugak lagi.. bagilah chance kali ketiga.. eh, silap.. bagilah chance kat orang lain.. dia tuh kita tanam je hidup hidup.. ok, Nana kejam!

In a relationship.. no need lah curang curang.. tak baik mempermainkan hati orang.. kesian.. lagi lagi perempuan.. curang ni boleh jadi punca orang lain yang tahu menahu apa apa bergaduh taw.. belum yang gila nak gie bunuh diri semua tu.. tak rasa bersalah ke.. so, SETIA adalah lebih baik.. tak salah kalau nak kawan dengan orang lain.. just JUJUR.. kalau setakat jeles sikit sikit tuh adat lah.. so, renung renungkan dan selamat beramal..

p/s : ni kalau kena batang hidung Nana.. akan ku karate tengkok dia.. smackdown macam STONE COLD.. tinju kepala dia.. belasah sepuas hati.. then say GOOD BYE MY LOVER..



Wednesday, April 27, 2011

En.kayif, Nana suka awak!



tajuk post Nana sangat hot and spicy kan.. memang Nana suka kayif.. so what?? * peminat kayif sila jangan bunuh diri awal awal sebab Nana belum habis taip.. Nana suka kayif punya....................... BLOG.. yang tak kenal kayif dan yangingin mengenali beliau boleh lah CERKELIK SINI.. ehem ehem kacak bergaya kan kayif nie.. ini bukan bodek.. tapi kenyataan kerana tak mungkin mata salah melihat.. kata mukanya sama macam aiman MENTOR kan.. ala ala kembar gitu.. tak percaya Nana sertakan bukti ok.. TEKAN SINI.. tak kesah lah macam Mentor ke Mentos ke.. yang penting i love his blog..

Nama blog dia Epilog Sebuah Blog.. dah macam tajuk novel kan.. ok, kidding!! word EPILOG tu tetiba wat teringat cerita Epilog syurga cinta.. cikgu Siti dengan Irham.. so sweet.. SEsweet gak macam blog kayif ni.. blog dia best.. tak berat.. dalam 800 gram je.. ringan kan?? then simple.. tak crowded.. post mantopp mantopp.. Nana paling suka part TITLE dia.. coz title dia selalunya memang tak pernah nak kalah.. boleh wat orang semua berlumba lumba lari  1500 meter pecut tak pun seperti 140km/j semata mata nak terjah blog dia.. kira kayif ni kreatif lah nak tarik orang datang dan follow blog dia.. Nana nak menuntut ilmu nie dengan kayif boleh.. ambik tuisyen sabtu ahad.. yuran boleh rundingkan.. HAHA!

penulisan dia bagus.. bagus bangat.. actualy not tulis lah.. TAIP.. HAHA! entry dia sumpah tak boring.. boleh dibaca sambil menikmati popcorn.. memang best.. macam macam ada.. ibarat astro.. sekali dah masuk pasti nak masuk lagi tau ini blog.. then sentiasa akan ada entry entry baru.. entry lama tak dan basi dah pos yang baru.. terer kan kayif ni.. idea dia mencurah curah betul ke ladang gandum..so, harapan Nana supaya kayif tidaklah berhenti berblogging ya akibat terlalu frust dengan En.Nuffnang.. berpaling tadah je takpe.. sebab nanti Nana tak dapat lah nak baca cerita poyo best kayif selalu..

ok lah tak tahu nak merepek apa lagi.. just nak bagitahu yang Nana suka blog dia je.. untuk peminat kayif  Nana minta maaf.. saja nak bikin panas.. sekarang kalian dah boleh bersenang hati semula.. HAHA! 

Daaaaa 

Kalau Aku Kaya??

KAYA.. KAYA.. KAYA... $_$

eh, terlupa.. Assalamualaikum.. hee.. Ada tak sesiapa yang tak nak kaya.. Haa.. jangan nak membongak tak nak kaya ok.. if tak nak kaya pun paling paling korang nak hidup senangkan.. Sama lah macam Nana.. tak dapat kaya tapi senang pun dah Alhamdulillah.. just kat sini Nana cuma nak share dengan korang jelah kan KALAU Nana kaya apa impian Nana...

1. Nana nak ada umah banglo 14 tingkat siap ada WiFi
2. kereta 8 biji.. paling cikai pun Honda
3. parking sebesar parking kat Jusco
4. pembantu umah 16 orang.. sebab rumah dah 14 tingkat.. so, setiap 1 floor sorang.
5. halaman rumah nak ada 1 taman tema air.. macam wonderland pun dah cukup
6. helikopter persendirian
7. gi bercuti seluruh dunia.. kecuali tempat yang ada perang perang.. mati pulak kena bom kang
8. nak gi masuk meminang laki masa depan Nana..
9. nak beli laptop Apple 10.. so, tak gaduh kalau nak on9 Facebook
10. disebabkan suka mencekik mcD, so, nak bukak mcD sendiri

haa.. tu jerlah kot.. HAHA!! cecita tak agak agak kan.. mesti korang yang bace ni dah wat muka menyampahkan.. tapi ada Nana kisah?? joke jerlah.. bukan macam ni pun cita cita Nana.. da truly is.......................................


1. first Nana nak senangkan parents Nana
2. akan Nana pos diorang laju laju pergi haji
3. tak nak pun ada rumah 14 tingkat, parking sebesar Jusco n siap taman tema air tu semua.. TAKNAK.. Nana tak perlukan rumah besar besar.. coz im so PEMALAS ok.. lagipun takut kang ada "benda" lain yang duduk.
4. pembantu rumah pun Nana tak nak.. kang ada dia mengurat my azben tercinta dah susah.. tuh belum lagi kalau masak then ludah.. eeuuuww... dan yang paling ditakuti mana tahu dia dera anak Nana lapan lapan.. * amboihh.. lapan.. HAHA!
5. helikopter pun tak payah.. coz Nana ada penyakit gayat..
6. kereta pun tak perlu sampai 8.. n tak nak pun yang mahal mahal.. minyak dah lah mahal.. Nana akan pakai Myvi je.. coz Nana memang sejak azali minat Myvi
7. mcD? tak payah.. nanti gemok.. laki cari lain.. takot...
8. laptop bebanyak wat melambung bil karen je kan..so duit yang nak beli laptop tu akan Nana sedekah kat anak yatim
9. memang berkeinginan nak bercuti.. tapi Nana akan dahulukan apa yang penting.. Umrah or Haji.. then baru lain lain.
10. takda maknanya Nana nak minang laki masa depan Nana.. dah tersongsang.. tak sanggup muka kuar Metro muka depan..

wat masa ni, tuh jerlah yang terpikir.. tapi kan sebenarnya kaya or tak tuh semua tak penting.. yang penting bahagia.. kalau kaya.. duit banyak.. harta bersepah.. tapi tak happy for what.. lagipun bila kaya sangat ni boleh jugak terjerumus kepada bongkak.. riak, rasuah dan sewaktu dengannya.. sumtime boleh jadi orang akan dengki dengan kita.. tuh yang jadi kes culik culik mintak duit tebusan.. tak pun yang khurafat khurafat macam shamsul yusof santau n bla bla bla.. haa .. pape pun kaya harta ni tak kemana.. suka suka hati Tuhan boleh tarik balik semua nikmat dia tuh.. lagipun bukannya boleh bawak mati.. so, kaya kaya kanlah diri dengan amal.. sesungguhnya tuh lebih afdhal.. 

p/s ; sambil membebel kat sini.. sambil muhasabah diri sendiri juga.. :)

Tuesday, April 26, 2011

SEGMEN : Comelnya Kita Waktu Kecil!


Taraaaa.. tengok title je pun korang dah boleh tahu kan yang Nana ada join segmen lagi.. segmen ni dianjurkan oleh CIK KAPIE.. segmennya bertajuk Comelnya Kita Waktu Kecil.. Alaa.. kan dah terang terang bagitahu kat atas tu.. tak nampak ke.. HAHA! Kalau nak join boleh CERKELIK SINI.. terma dan syarat semuanya ada kat sana.. So, if berminat pi terbang sana n sila fahamkan keterangan beliau.. baca sehingga terjojol biji mata ok..

Chop chop!! yang atas tuh bukan pic Nana ok.. pic Nana belum promote lagi.. tuh merupakan banner cik Kapie dimana setiap orang yang join WAJIB meletakkan banner tersebut.. Sila sabar menantikan pic tercomel Nana dahulu kala ok.. nak kena p selongkar almari lagi.. cari cari dalam album.. take time.. esok jerlah tengok boleh.. HAHA! ok2.. sila tutup mata..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ok, 1,2,3 buka mata.. jeng3


haa.. apa tengok2?? jeleslah tu!! HAHA! oh, bukan er.. ape?? comel.. terima kasih.. * sila muntah.. 

NAMA DIA NI : ROZIEANA BINTI ROSLAN
NAMA TIMANGAN YANG TAK BERAPA NAK TIMANG : Rozie, Nana, Moq, Along
TEMPAT LAHIR DIA : SEPITAL BATU PAHAT JOHOR 
CECITA DIA : Dedulu kecik kecik * POLIS.. CIKGU.. sekarang * ENGINEER.. i'Allah.. yelah watpa bazir ribuan duit ringgit study amik kos engineering.. tapi kerja kilang kan..  
PRINSIP DIA : "aku tak usik orang.. orang jangan usik aku.. sekali orang usik aku.. memang tak aman lah hidup dia" HAHA! gelak setan

ni gambar kedua yang Nana pertaruhkan untuk dibandingkan.. 



Apa?? comel sekali lagi!! toceh.. toceh.. * sudahlah kau berperasan Nana oii.. ermm apa yang still same erk.. PIPI jerlah kot.. So, now tibalah masa untuk mencari mangsa untuk di tag.. jaga jaga kau orang.. police entry one to jaga.. Ahhhh... lambat.. main serkap jarang jerlah ya..