Blogger Layouts

cer KELIK cer KELIK

si kacak & si cantik

Tuesday, March 29, 2011

warkah merapu pilu

kehadapan awak yang saya kasihi sepenuh jiwa raga dan bakul baju saya.. saat saya menaip entry nie saya sedang dilanda kerinduan kat awak yang seperti tsunami dasyatnya.. seperti juga gunung berapi di indonesia yang menunggu masa untuk meletus dan mengeluarkan lahar nya.. terlalu sukar untuk digambarkan.. bagi menghilangkan kerinduan ini, telah pun saya menatap foto awak sehingga tembus dan berlubang. itu pun saya masih tidak berpuas hati.. lalu saya tatap foto awak di laptop saya sehingga off laptop nya akibat terlupa memasang charger.. saya menaipkan mesej untuk dihantar kepada awak sehingga kemek2 jari saya.. dan akibatnya keypad nfon saya juga jahanam.. saya ingin mengucapkan 765548925 trillion terima kasih kepada awak kerana telah menabur dan mencicirkan harapan awak kepada saya.. walaupun sebenarnya saya yang meminta kepada awak ibarat hulurkan tangan ringankan beban dengan harapan awak tidak melupakan saya.. namun kini awak memberikan lebih dari apa yang saya perlukan ..awak, mengapakah saya tidak boleh bertakhta di hati awak.. tidak punya ruangkah untuk saya.. adakah saya terlalu besar sehingga sempit untuk dimuat turun kehati awak.. atau saya perlu menaip ON dan hantar ke 32666 pergi jahanam dan kemudiannya barulah saya dapat menduduki di hati awak itu.. pastinya saya tidak akan menerima alasan saya terlalu besar kerana saya telah pun berdiet dan hasilnya sangat memuaskan..  tidak perlu saya membazirkan wang untuk ke London Weight Management or yang sewaktu dengannya untuk kurus.. kalau sahaja awak tahu, saya cuma menginginkan awak sahaja untuk melengkapkan kehidupan saya yang huru hara ini. saya tidak perlukan abu, ali or sesiapa sahaja selain awak. saya harap awk mengerti akan kegilaan saya terhadap awak.. tapi sila jangan hantar saya ke rumah orang gila.. setakat ini sahaja warkah saya untuk awak kerana saya telah pun kehabisan ayat.. ayat saya telah pun dipinjam oleh calon2 spm tahun lepas untuk diisi dalam karangan mereka.. dan akibatnya, saya cuma tinggal ayat ini dan mereka pun BM dapat cukup2 makan sahaja.. sangat kasihan bukan.. jadi kasihani lah saya ya.. 

p/s : takda idea tapi hati terlalu menginginkan sangat nak upd8 blog.. dan hasilnya adalah merapu.. padan muka sapa yang dok bace.. *gelakkan diri sendiri.. HAHA!

No comments: