Blogger Layouts

cer KELIK cer KELIK

si kacak & si cantik

Friday, April 29, 2011

hafizzainal's contest - senyuman mahal

hoiii.. korang.. Nana join contest lagi.. masuk yang ni.. ni contest yang kedua Nana join untuk hari ni.. HAHA!.. gila kentang dan gila contest erk.. contest ni di anjurkan oleh sum1 hensem tau.. huhu.. *nak sain.. nak tahu kelik SINI. cita cita dia nak jadik dentist... fuiyoo.. ni yang tibe tibe nak check gigi selalu.. :P

sebelum terlupa meletakkan banner seperti contest yang pertama tadi.. meh Nana letak cepat cepat.. kang dah excited tak hingat..
 

Haa.. nampak tak.. nampak tak.. banner pun dah boleh wat cair meleleh tau.. memang bagus pun dia wat contest ni.. sebab senyuman dia memang mahal.. bukan in Ringgit Malysia lagi dah ni.. tapi US dollar.. HAHA! So gambar yang akan dipersembahkan ialah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

taraaaaaaaaaaaaaaaaaa



Ni lah senyuman paling mahal yang Nana ada.. maybe bagi korang tak mahal mana pun.. setakat seposen doposen je.. tapi pada Nana ianya mahal.. semahal baju baju kat Quicksilver.. kenapa?? sebab ni senyuman paling ikhlas.. tak dibuat buat..

gambar ini bersifat CANDID tau.. itu pasal ler leher dah macam orang banyak mencekik leher ayam.. HAHA! lagipun ni sewaktu muda muda.. mudalah kot sebab tak masuk 20 agy time nie.. then ni pun picture last year.. nampak background tuh.. cantik tak.. certeka certeka kat ne.. haaa lambat.. lokasinya kat KLCC.. time ni pulak bulan pose.. Ramadhan al Mubarak.. so, nampak kan sinar orang pose kat muka tuh.. kuang kuang kuang..


jadik step yang terakhir Nana nak kena tag 3 orang.. errmm.. kalau tak nak tag boleh tak.. Nana bukan ape.. yelah.. nanti kalau diorang join.. tipislah harapan Nana nak menang kan.. kah kah kah.. ngengada.. ok, mangsa tag kali ni adalah..


yang di tag belum mendengar lagi berita bahawa yang mereka telah ditag.. tetapi mesej telah dihantar.. cewahh.. dah macam voice sms pulokk.. so, bagi sesiapa yang berkeinginan nak join boleh tekan SINI..

Khusaini noryazid nak lukis muke korang

Salam.. ok. tak boleh intro panjang panjang.. tak boleh membebel banyak banyak.. sebab Nana tengah kejar masa ni.. takut tak sempat.. Nana nak join contest.. contest anjuran Khusaini Noryazid.. dah lah contest ni akan berakhir pukul 11.59 malam ni.. HAHA! bikin kelam kabut kan.. lama lagi.. rilek der.. alaaa.. Nana bukan ape.. hormon excited terlebih nie.. haruslah excited.. join pun sebab nak MENANG.. tapi kalau tak menang.. nak wat camna.. duk dalam almari nangis jerlah kan.. ok, tamat! sesiapa yang nak join.. ayuh ke MARI.

sebelum terlupa.. meh letak banner beliau dulu ok.. *sebenarnya dah terlupa dah pun td T_____T


jadi untuk itu gambar yang dipertaruhkan oleh Nana ialah ini.  makcik pakcik.. sila tutup mata.. nanti kamu akan kecintaan kepada saya untuk dijadikan menantu.. HAHA!


tuan penganjur, disini Nana sertakan sebab musabab ye kenapa awak kena lukis muka Nana.
  • sebabnya kalau awak tak lukis gambar Nana, Nana bakor awak.. HAHA! *sila takut
  • coz i think Nana nampak sweet sangat dalam gambar ni.. *poodaahhh!! sumpah perasan
  • Nana tak reti melukis.. jadi Nana suh la awak kan.. logikkan alasan ni..
  • selain tu, Nana nak wat takutkan tikus kat belakang almari.. HAHA!
  • teringin nak ada potret muka sendiri.. apatah lagi in sopan version .. :)
  • kalau Nana suruh pelukis jalanan yang lukis muka Nana yang comey ni, nanti Nana kena bayor.. kalau suruh awak free kan.. kan.. kan.. * nampak sangat kedekut erk.. 
  • pastu pastu pastu.. kalau awak lukis gambar Nana, Nana gerenti nanti awak akan dapat ilham dalam apa je yang awak nak buat *nampak benor nipunya kan.. 
  • actually diz is my first time Nana hangout dengan tidak BERfree hair.. kerana berazam untuk bertudung pula selepas ni.. so, i wanna make it as my memory.. frame besar besar.. dan kalau orang tanya saya cakap lah "Khusaini Noryazid yang lukis.. nak tempah ke?" HAHA!
  • i love diz picture so much.. its bring 1001 makna..
ok, done!! tak berjela jela sangat kan.. Hee.. sila bagi Nana menang yer.. kalau tak Nana akan terjun dari bangunan Mahkota Parade malam ni.. ok, tipu! to alls yang nak join boleh kelik kat perkataan "MARI" yang kat atas tuh ye.. selamat mencuba.. :)

Pizza Hutt di Malim, Melaka Diserbu!

Berita tergempar!! Pizza Hutt di Malim, Melaka diserbu! jarang sekali kan kita mendengar Pizza Hutt diserbu.. ya, ini kejadian benar.. kejadian yang berlaku pada hari ini iaitu hari Jumaat kira kira selepas kaum Adam pulang dari sembahyang jumaat.. Pizza Hutt yang terletak berdekatan dengan Politeknik Kota Melaka itu dikatakan diserbu akibat terdapat salah seorang pekerja mereka yang mempunyai kes yang sangat berat..

kes?? apakah kes yang berat tuh.. mengedar dadah kah beliau.. atau beliau telah menyonglap duit hasil jualan pizza.. ternyata bukan itu kesnya.. tetapi adalah kerana beliau mempunyai kes kecomelan yang melampau.. dan kerana itu Pizza Hutt tersebut telah diserbu dan orang ramai yang datang berpusu pusu bukanlah kerana ingin menikmati keenakan pizza seperti yang terpampang di muka tibi or di dada awak akhbar.. tetapi sebaliknya hanya ingin menyaksikan kecomelan beliau..

antara beberapa gambar yang didapati dari sumber orang ramai..







ya, memang tak dapat dinafikan yang beliau memang mempunyai kes kecomelan yang melampau.. jadi mari gelakkan diri sendiri.. HAHAHAHAHAHA!!!!!! lu olang suda terkena.. ok, maaf.. maaf.. maaf.. Nana tahu mesti korang rasa macam nak muntah, mual n loya kan.. tak pun mesti rasa macam nak bakor je blog ni kan.. *kita bakorrr.. kita bakorr.. Nana mintak maaf hujung rambut sampai lutut.. eh, salah.. sampai hujung kaki ok.. tada idea nak hupdate sebab tu sawan merepek mari..haa.. nampak benor nipunya kan.. dah wat dosa di hari yang baik ni.. huhu

p/s : baju ini adalah hasil dari rembatan Nana dan digayakan ketika adik lelaki Nana sedang enak dibuai mimpi.. HAHA! Nana tak kerja piza ok.. jadi sila jangan cakap nak order piza.. sepuk karang..

Thursday, April 28, 2011

bila dah terlebih pandai, bumi je dikatakan kiamat!

Selamat malam anak anak.. ok, malam ni Nana nak jadi ustazah sebentar yer.. jadi sila panggil saya Ustazah Nana.. ceit, poyo.. nak tahu kenapa tiba tiba malam ni Nana nak jadi ustazah.. sebabnya Nana menemukan sesuatu ini malam.. nampak title atas tuh? haa.. berkenaan dengan itulah sebenarnya.. kiamat bumi!!




Ada ke dikata kiamat bumi je.. kalau kiamat dah kompomlah habis semua.. ni adalah 1 laman web yang bijak pandai sangat yang jual tiket penerbangan ke dunia baru dan tinggalkan planet bumi ni.. bukan Air Asia.. bukan MAS.. tapi tidaklah diketahui oleh Nana sebenarnya.. mereka seolah olah terlalu taksub dengan 2012.. terlalu percaya yang bumi akan hancur pada tahun tu.. dan ini adalah antara kenyataan mereka yang sudah di translate kan oleh Nana. "Dunia seperti yang kita tahu akan berakhir 21 Disember 2012!" KITA?? eh, kau jerlah tahu kot.. kami tak tahu pun..HAHA! sekalipun bumi ni hancur.. macam lah planet lain tak hancur.. agak agak dunia baru yang kat mana erk yang diorang nak pergi tuh.. planet pluto ke.. zuhal ke.. tak pun planet marikh yang takut binatang marang kerapu kepunden marang sekeper!! (kucing) HAHA! kesian.. macam tah hape hape..

siap suruh orang bayangkan kalau hari itu adalah 21 Disember 2012 dan kita baru saja dapat tahu yang dunia sebenarnya akan berakhir. Apa yang kita nak buat?  Orang lain mungkin time tuh dah kelam kabut pikir mana nak lari kan.. Tapi kita pulak dah tak payah risau kalau dah tempah tiket bodoh dia tuh.. "Escape Earth Tickets".. urr... mengarut!!

Nana percaya korang tak terpengaruhkan dengan lawak bangang ni.. terpesong akidah.. sesungguhnya kiamat tuh rahsia Allah.. yang Nana tahu ustazah dulu pernah cakap kiamat akan jatuh pada hari JUMAAT.. tapi pada masa bila.. bulan bila.. tahun berapa.. pukul berapa.. itu semua kita tak kan tahu.. untuk tahu lebih lanjut pasal penjualan tiket tu SINI



Errr... merajuk!

M.E.R.A.J.U.K! siapa yang suka merajuk sila angkat tangan macam saya * ikot gaya usop whilca.. Elelehh.. tak nak ngaku konon.. kalau malu meh bisik.. janji tak habaq kat orang lain.. HAHA! Sebelum Nana memulas mengulas lebih lanjut pasal merajuk nie.. Nana nak wat pengakuan berani mati dulu ye.. yang Nana pun sebenarnya kuat merajuk.. hee.. dah! takyah nak kutuk sangat.. at least kalau Nana merajuk Nana diam.. then lame lame ok sendiri.. no need orang nak pujuk pujuk ni.. semakin menyampah nanti.. then depends on a reason.. takde sebab nak merajuk tak tentu pasal..

Merajuk selalunya dikaitkan dengan perempuan.. kononnya perempuan hatinya cepat terusik.. cewahh.. padahal lelaki pun kurang lebih jerk.. bezanya, perempuan kalau merajuk comel.. Nape Nana cakap comel.. sebab perempuan kalau merajuk mulut mesti nak muncung.. macam muncung itik.. siap boleh ikat reben lagi.. bak kata mak Nana la.. tapi kalau lelaki.. muncung + misai + janggut??  eeuuww.. alamak, huduh! tak dapat dibayangkan..

Merajuk sikit sikit ok lah kan.. nampak manja gitu.. ni yang merajuk lebih lebih had ni yang Nana tak faham kadang kadang.. kalau sekali dua ok la.. masih dibawah kawalan.. tapi kalau selalu?? isu kecik je pun.. sekecik zarah.. *bukan Zarah kawan Nana tu taw.. ni zarah yang selalu keluar dari mulut cecikgu kita kalau belajor fizik dedulu.. tapi zaman Nana dah tak sebut zarah.. tapi disebut "atom" or "particle"..  tuh dia.. terkeluar bahasa penjajah.. HAHA! kalau lah korang dijodohkan untuk berjumpa dengan orang macam ni.. sumpah menyampahkan?? meluat pun yer.. agak agak lah kan apa yang korang buat ek kalau jumpa orang yang type macam ni..

Kalau Nana, akan ada 5 ayat je yang Nana akan ucapkan.. bukan I LOVE YOU.. bukan IM SORRY.. tapi ini :-

1. " lu pehal derr.. sesikit merajuk.. bulan mengambang erk "
2. " lu ni kurang kasih sayang ke derr "
3. " wa tengok lu kecik besar kecik besar je.. lu p lah cari kawan lain.. wa dah bosan dengan lu "
4. " ati kalau kecik jangan kawan dengan wa ok! "
5. " harap muka je legend.. tapi hati macam tisu "

sila jangan jadi sengal untuk meniru aksi ini ya.. sebab ayat macam tak cukup ajar je semua tuh..  kalau merajuk, ubatnya pujuk lah kan.. tapi kalau da selalu sangat nak merajuk, sehari 3x setiap lepas makan.. *dah macam makan ubat pulak.. HAHA! memang mintak makan kaki lah kan.. ok, serius! nak pujuk pun bukan boleh sebarang pujuk taw.. kena tengok gak orang yang nak dipujuk tuh macamana.. masalah tuh berat ke or biasa biasa.. kena orang yang merajuk tu jenis yang serius.. dan masalah pun berat seberat lori 10 tan, then gi  pujuk dengan buat lawak bangang.. memang Nana sangat yakin anda akan memenangi hadiah penampor jepun free dengan berkelajuan 120km/j.. jadi sila sesuaikan dengan keadaan ye.. pandai pandai lah ambik hati..

macam mana nak ambik hati?? lu pikirlah sendiri.. Assalammualaikum!

p/s : sebelum terlupa.. Nana nak ngumpat sket.. sebenarnya ada orang tuh merajuk dengan Nana.. huhu.. comel lah kengkonon.. nak tahu TEKAN SINI.. punca merajuk memang dah dapat dikenal pasti.. puncanya INI.. HAHA! Takmao lah merajuk dengan Nana.. Nanti Nana belaja kepsii err.. setuju?? =P


say NO to curang!

Okey ini malam Nana punya entry sedang dalam mood cintan cintun.. sesiapa yang rasa diri beliau ada alergic dengan cinta cinta ini dimana boleh jadi rabun ayam apabila membaca, nak terkeluar usus akibat terlalu loya.. anda boleh lah back to ur page or merangkak ke blog lain yer.. and bagi mereka yang tade blog plak.. boleh lah mengkelik X.. sebarang kesulitan tanggung lah sendiri.. tak dapek den nak nolong.. tapi rasanya tak akan lah jadi simptom simptom seperti di atas kerana entry ini agak emosi..

Kenapa emosi?? dah terang terang ada perkataan CURANG.. haruslah emosi.. ada ke bila sebut pasal curang, orang akan rasa hepi.. kalau yang hepi tuh kompom insan yang melakukan kecurangan itu kan.. tapi yang bagi pihak yang dicurangi ni.. hati dan perasaan tuhan saja yang tahu.. sedih.. geram.. sakit hati.. semua ada.. kenapa mesti ada istilah curang?? apa punca yang boleh menyebabkan curang??

Curang boleh terjadi atas macam macam sebab.. 

1. mungkin sebab pasangan kita yang kurang nak bagi perhatian kat kita.. sambil lewa je.. ada pasangan pun macam takda jerk.. 
2. tak pun sebab cinta jarak jauh.. 
3. atau kemungkinan memang mengalami penyakit pantang nampak!!pantang lah nampak yang cantik/hensem sikit semua nak try.. padahal pasangan diorang ok..tade masalah.. kiranya tamak!!

Kalau sebab pasangan kita bermasalah.. ok, fine.. boleh slow talk rite.. kalau boleh diselamatkan.. selamatkan.. kalau tak boleh jugak just say good bye.. cinta jarak jauh?? ni pokok kelapa pangkal kena tanya hati.. before declair tanya dulu dengan diri tu.. "bolehkah aku setia?" "sanggup ke aku tunggu?" jangan mula mula je.. lepas 2, 3 bulan menggatal dengan orang lain.. hangat hangat tahi ayam je baik tak payah..

Tentang ketamakan haloba ni Nana nak cerita panjang sikit.. tapi tak sikit sangat lah.. sebab macam tak puas hati.. HAHA! yelah, pasangan dah perfect tapi still nak menggatal.. apa yang dia nak sebenarnya.. nak penampar.. nak penumpuk.. nak penerajang.. haa.. mana 1 nak.. pilih.. pilih.. 3 sepuluh.. 3 sepuluh.. 30 pun boleh.. yang Nana tak faham tu.. time time tengah mencurang tuh.. tak terhingat ke kat pasangan dia.. tak rasa bersalah ke.. ke dia memang tade perasaan.. 

ape kesssss!!!

Belum lagi kalau kantoi.. ingat sepandai pandai tupai melompat.. dapat ke dia masuk sukan olimpik.. tak.. tak dapat pun.. ada tuh siap bermati matian tak nak mengaku.. sanggup sumpah sumpit bagai.. padahal kalau dalam gelap gelita pun memang nampak salah dia.. tak payah nak tunggu time terang pastu nak disuluhkan lagi.. ngaku je habis cerita.. dari dok tambah dosa menipu pulak kan..


Selalunya bila pasangan tuh dah kantoi curang.. mesti kita akan mintak break kan.. jangan lah cakap tak.. walaupun untuk jangka masa 5 minit.. still akan break.. kecuali mereka terlalu PEMAAF.. tak pun akan separate sementara.. dan yang si pencurang ni pula akan terhegeh hegeh  merayu rayu minta maaf bagai.. siap pakej menangis lagi.. dengan alasan sayang.. What the frog!!! kalau sayang tak curang ok.. ada jugak yang bagi alasan tak sengaja.. nawaitu nak main main je.. tapi tertangkap cintan.. puih... bukan main tak sengaja kan.. kalau Nana, dah ku bilang begini "saya pun tak sengaja nak mentalak lapan kan awk ni.. " HAHA! nampak benor nipunya kan..

Bila dicurangi siyezly hati memang pedih.. rasa digores gores dan menang.. hancur jadi serpih serpih.. tapi jauh disudut hati yang 360 darjah tuh mana boleh kita buang pasangan kita tu macam tu jerkan walaupun dia dah lukakan hati kita.. kalau betul dia sayangkan kita.. dan janji tak akan ulangi kesilapan lagi.. bagilah chance kali yang kedua.. kalau wat jugak lagi.. bagilah chance kali ketiga.. eh, silap.. bagilah chance kat orang lain.. dia tuh kita tanam je hidup hidup.. ok, Nana kejam!

In a relationship.. no need lah curang curang.. tak baik mempermainkan hati orang.. kesian.. lagi lagi perempuan.. curang ni boleh jadi punca orang lain yang tahu menahu apa apa bergaduh taw.. belum yang gila nak gie bunuh diri semua tu.. tak rasa bersalah ke.. so, SETIA adalah lebih baik.. tak salah kalau nak kawan dengan orang lain.. just JUJUR.. kalau setakat jeles sikit sikit tuh adat lah.. so, renung renungkan dan selamat beramal..

p/s : ni kalau kena batang hidung Nana.. akan ku karate tengkok dia.. smackdown macam STONE COLD.. tinju kepala dia.. belasah sepuas hati.. then say GOOD BYE MY LOVER..



Wednesday, April 27, 2011

En.kayif, Nana suka awak!



tajuk post Nana sangat hot and spicy kan.. memang Nana suka kayif.. so what?? * peminat kayif sila jangan bunuh diri awal awal sebab Nana belum habis taip.. Nana suka kayif punya....................... BLOG.. yang tak kenal kayif dan yangingin mengenali beliau boleh lah CERKELIK SINI.. ehem ehem kacak bergaya kan kayif nie.. ini bukan bodek.. tapi kenyataan kerana tak mungkin mata salah melihat.. kata mukanya sama macam aiman MENTOR kan.. ala ala kembar gitu.. tak percaya Nana sertakan bukti ok.. TEKAN SINI.. tak kesah lah macam Mentor ke Mentos ke.. yang penting i love his blog..

Nama blog dia Epilog Sebuah Blog.. dah macam tajuk novel kan.. ok, kidding!! word EPILOG tu tetiba wat teringat cerita Epilog syurga cinta.. cikgu Siti dengan Irham.. so sweet.. SEsweet gak macam blog kayif ni.. blog dia best.. tak berat.. dalam 800 gram je.. ringan kan?? then simple.. tak crowded.. post mantopp mantopp.. Nana paling suka part TITLE dia.. coz title dia selalunya memang tak pernah nak kalah.. boleh wat orang semua berlumba lumba lari  1500 meter pecut tak pun seperti 140km/j semata mata nak terjah blog dia.. kira kayif ni kreatif lah nak tarik orang datang dan follow blog dia.. Nana nak menuntut ilmu nie dengan kayif boleh.. ambik tuisyen sabtu ahad.. yuran boleh rundingkan.. HAHA!

penulisan dia bagus.. bagus bangat.. actualy not tulis lah.. TAIP.. HAHA! entry dia sumpah tak boring.. boleh dibaca sambil menikmati popcorn.. memang best.. macam macam ada.. ibarat astro.. sekali dah masuk pasti nak masuk lagi tau ini blog.. then sentiasa akan ada entry entry baru.. entry lama tak dan basi dah pos yang baru.. terer kan kayif ni.. idea dia mencurah curah betul ke ladang gandum..so, harapan Nana supaya kayif tidaklah berhenti berblogging ya akibat terlalu frust dengan En.Nuffnang.. berpaling tadah je takpe.. sebab nanti Nana tak dapat lah nak baca cerita poyo best kayif selalu..

ok lah tak tahu nak merepek apa lagi.. just nak bagitahu yang Nana suka blog dia je.. untuk peminat kayif  Nana minta maaf.. saja nak bikin panas.. sekarang kalian dah boleh bersenang hati semula.. HAHA! 

Daaaaa 

Kalau Aku Kaya??

KAYA.. KAYA.. KAYA... $_$

eh, terlupa.. Assalamualaikum.. hee.. Ada tak sesiapa yang tak nak kaya.. Haa.. jangan nak membongak tak nak kaya ok.. if tak nak kaya pun paling paling korang nak hidup senangkan.. Sama lah macam Nana.. tak dapat kaya tapi senang pun dah Alhamdulillah.. just kat sini Nana cuma nak share dengan korang jelah kan KALAU Nana kaya apa impian Nana...

1. Nana nak ada umah banglo 14 tingkat siap ada WiFi
2. kereta 8 biji.. paling cikai pun Honda
3. parking sebesar parking kat Jusco
4. pembantu umah 16 orang.. sebab rumah dah 14 tingkat.. so, setiap 1 floor sorang.
5. halaman rumah nak ada 1 taman tema air.. macam wonderland pun dah cukup
6. helikopter persendirian
7. gi bercuti seluruh dunia.. kecuali tempat yang ada perang perang.. mati pulak kena bom kang
8. nak gi masuk meminang laki masa depan Nana..
9. nak beli laptop Apple 10.. so, tak gaduh kalau nak on9 Facebook
10. disebabkan suka mencekik mcD, so, nak bukak mcD sendiri

haa.. tu jerlah kot.. HAHA!! cecita tak agak agak kan.. mesti korang yang bace ni dah wat muka menyampahkan.. tapi ada Nana kisah?? joke jerlah.. bukan macam ni pun cita cita Nana.. da truly is.......................................


1. first Nana nak senangkan parents Nana
2. akan Nana pos diorang laju laju pergi haji
3. tak nak pun ada rumah 14 tingkat, parking sebesar Jusco n siap taman tema air tu semua.. TAKNAK.. Nana tak perlukan rumah besar besar.. coz im so PEMALAS ok.. lagipun takut kang ada "benda" lain yang duduk.
4. pembantu rumah pun Nana tak nak.. kang ada dia mengurat my azben tercinta dah susah.. tuh belum lagi kalau masak then ludah.. eeuuuww... dan yang paling ditakuti mana tahu dia dera anak Nana lapan lapan.. * amboihh.. lapan.. HAHA!
5. helikopter pun tak payah.. coz Nana ada penyakit gayat..
6. kereta pun tak perlu sampai 8.. n tak nak pun yang mahal mahal.. minyak dah lah mahal.. Nana akan pakai Myvi je.. coz Nana memang sejak azali minat Myvi
7. mcD? tak payah.. nanti gemok.. laki cari lain.. takot...
8. laptop bebanyak wat melambung bil karen je kan..so duit yang nak beli laptop tu akan Nana sedekah kat anak yatim
9. memang berkeinginan nak bercuti.. tapi Nana akan dahulukan apa yang penting.. Umrah or Haji.. then baru lain lain.
10. takda maknanya Nana nak minang laki masa depan Nana.. dah tersongsang.. tak sanggup muka kuar Metro muka depan..

wat masa ni, tuh jerlah yang terpikir.. tapi kan sebenarnya kaya or tak tuh semua tak penting.. yang penting bahagia.. kalau kaya.. duit banyak.. harta bersepah.. tapi tak happy for what.. lagipun bila kaya sangat ni boleh jugak terjerumus kepada bongkak.. riak, rasuah dan sewaktu dengannya.. sumtime boleh jadi orang akan dengki dengan kita.. tuh yang jadi kes culik culik mintak duit tebusan.. tak pun yang khurafat khurafat macam shamsul yusof santau n bla bla bla.. haa .. pape pun kaya harta ni tak kemana.. suka suka hati Tuhan boleh tarik balik semua nikmat dia tuh.. lagipun bukannya boleh bawak mati.. so, kaya kaya kanlah diri dengan amal.. sesungguhnya tuh lebih afdhal.. 

p/s ; sambil membebel kat sini.. sambil muhasabah diri sendiri juga.. :)

Tuesday, April 26, 2011

SEGMEN : Comelnya Kita Waktu Kecil!


Taraaaa.. tengok title je pun korang dah boleh tahu kan yang Nana ada join segmen lagi.. segmen ni dianjurkan oleh CIK KAPIE.. segmennya bertajuk Comelnya Kita Waktu Kecil.. Alaa.. kan dah terang terang bagitahu kat atas tu.. tak nampak ke.. HAHA! Kalau nak join boleh CERKELIK SINI.. terma dan syarat semuanya ada kat sana.. So, if berminat pi terbang sana n sila fahamkan keterangan beliau.. baca sehingga terjojol biji mata ok..

Chop chop!! yang atas tuh bukan pic Nana ok.. pic Nana belum promote lagi.. tuh merupakan banner cik Kapie dimana setiap orang yang join WAJIB meletakkan banner tersebut.. Sila sabar menantikan pic tercomel Nana dahulu kala ok.. nak kena p selongkar almari lagi.. cari cari dalam album.. take time.. esok jerlah tengok boleh.. HAHA! ok2.. sila tutup mata..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ok, 1,2,3 buka mata.. jeng3


haa.. apa tengok2?? jeleslah tu!! HAHA! oh, bukan er.. ape?? comel.. terima kasih.. * sila muntah.. 

NAMA DIA NI : ROZIEANA BINTI ROSLAN
NAMA TIMANGAN YANG TAK BERAPA NAK TIMANG : Rozie, Nana, Moq, Along
TEMPAT LAHIR DIA : SEPITAL BATU PAHAT JOHOR 
CECITA DIA : Dedulu kecik kecik * POLIS.. CIKGU.. sekarang * ENGINEER.. i'Allah.. yelah watpa bazir ribuan duit ringgit study amik kos engineering.. tapi kerja kilang kan..  
PRINSIP DIA : "aku tak usik orang.. orang jangan usik aku.. sekali orang usik aku.. memang tak aman lah hidup dia" HAHA! gelak setan

ni gambar kedua yang Nana pertaruhkan untuk dibandingkan.. 



Apa?? comel sekali lagi!! toceh.. toceh.. * sudahlah kau berperasan Nana oii.. ermm apa yang still same erk.. PIPI jerlah kot.. So, now tibalah masa untuk mencari mangsa untuk di tag.. jaga jaga kau orang.. police entry one to jaga.. Ahhhh... lambat.. main serkap jarang jerlah ya.. 

Monday, April 25, 2011

Cinta yang berakhir dengan tragedi

Salam.. actually Nana cuma nak post sumthing sekadar renungan bersama sahaja.. satu kisah yang sangat menyayat hati yang Nana jumpa kat blog si comel ini.. agak nak meleleh lah air mata ni.. kesian + terharu dengan kasih sayang yang dipamerkan..

Ini adalah antara isi kandungan terpenting yang terdapat pada entry beliau. kisah ini sebenarnya diambil dari Baizura Abdul Rahim yang baik hati yang telah MENG share kan link blog *yang tidak pula diberitahu siapa empunya tuan blog* tuh di Fb.


Arwah meninggal disebabkan kemalangan jalan raya.

petikan yang terdapat dalam blog itu.

Aku amat hargai kepada semua yang baca mengenai Dzarif Iskandar , beribu terima kasih sebab korang doakan arwah agar ditempatkan di kalangan orang yang beriman . Terima Kasih Kawan .

Sudah 3 hari arwah tinggalkan kami tapi masih terasa seakan-2 arwah masih lagi hidup . Aku dapat rasakan dia masih lagi sekolah . Aku seakan-2 nampak bayang arwah lalu depan kelas aku semasa nak ke kantin .Seperti yang semua orang tahu Qiey Faneea awek kepada arwah still tak boleh terima pemergian arwah . Semuanya berlaku dengat cepat tanpa diduga .

Aku menangis mengenang kan Qiey , dia kawan rapat aku selain GGC .. Dulu dia seorang yang banyak cakap tapi sekarang hanya mengalirkan air mata sahaja . Dulu dia selalu gelak-2 dengan kita orang tapi sekarang dia lebih suka bersendirian . Aku tak sanggup tengok keadaan dia macam tuh lagi . Qiey macam dah tak terjaga . Dia terlalu sedih akan pemergian arwah .

Kalau korang nak tahu sebelum arwah pegi dia jaga Qiey selama seminggu dengan betul-2 . Time tuh Qiey demam and dia jaga Qiey sampai Qiey sihat semua . Sebelum ni dia tak jaga macam tuh , bukan maksud aku dia tak jaga Qiey tapi seminggu sebelum dia pergi uh dia jaga seperti seorang ibu yang menjaga bayi yang baru lahir demam . Kau orang bayangkan lah arwah sanggup sedut hingus Qiey ketika Qiey selsema . Betapa sayangnya arwah dekat Qiey kan ?

Kalau korang dengan kita orang and sendiri tengok keadaan Qiey korang akan tahu betapa sedihnya Qiey sekarang . Aku tak larat nak cerita tentang arwah dan Qiey terlalu sedih bagi aku . Aku mengalirkan air mata ketika menaip entry ini . Marilah kita ramai-2 doakan agar Qiey terima segala ini dengan redha dan dia pulih seperti biasa .Di bawah ini korang boleh lah bace ape yang Qiey buat note di Fb dia && beberapa status Qiey yang sentiasa mengharapkan arwah kembali .

|
|
|
|
|
V
Note Qiey dekat Fb

b , bb renndu b..rendu sangat tahu tak ? b dengar kan ? b , u'r the best i ever had . neh msg abg b bg kat bb '' ape ape pun abg ucapkan terime kasih atas bantuan dan perhatian fatin . abg sekeluarge hargai sangat kedatangan fatin dalam keluarge abang , pandai adik abg pilih pasangan . cume abg pesan jage diri baik baik . blaja rajin. abg aggap fatin mcm adik abg sendiri sbb itu yang adik abg pilih . ade masalah jan malu malu bgtw abg '' b , b manje sangat ng bb kan ? b suke dededik ng bb kan ? suke tepuk dahi bb kan ? ramai org kate kite sweet sbb 24hour asyik berkepit .huhh ! b , bb tak kuadd laaaaaaa ! b tak kuad , bb tak boley berdepan ng sume nehh b . b , please come ! please b . bb rendu nk dededik , memanje ng b . i need yur hugg . b , b egt tak time bb demam tuhh . b jge bb kan ? bb egat b ckp ape . b cakap '' bb janagn ngesshh . b tak suke tguk bb ngesshh'' pas tuh b lapkan air mate bb . b sedutkan hinguss bb . bb terkejot smpei macam uh skali b buad kat bb nk tnjuk b betul betul sayang bb kan ? soory b , bb memang asyik ngesshh jerr b . saape nak lapkan air mate bb . nak jage bb sume . suapkan bb makan time bb demam . bb tahu b asyik pk kan bb . every second b thinking of me kan ? b , renduuuuuuuuu laa ! b datang laa kt bb . bb nak ng b sekarang jugakk . b selalu suruh bb buad muke comey kan ? b suke sgt suruh bb buad macam tuhh . alasan b , b suke tguk mke bb buad macam tuhh . renduu nk dengar suare b yang manje tuhh ! yang suke buad bb tergelak layan karenah b tuhh <3 huhh , seriusly b b tetap selamenyerr first dalam haty bb . FIRST tahu takk ? b dengar kan ? b tahu uh sume kan ? :(
neh sume msg yang b pernah bg kat bb .......
hey ma comot ebab , b da bgun..ilyfdm..ak tak ley idop tanpe ko..ak sayang kau lbeyhh dari nyawe ak sendiri..b tak nak kehilangan bb buad kali yang ketige..
bb , i very love you fuckng damn much syg.. b taknak kehingan bb..b nak sgt hug bb..b syg bb sngat2..bb adelah sgalenyerr untok b..i missyou..i very miss youu..b hope hubungan kite still smpei maty..walau ape pon terjadi b tak kan tggalkan bb syg..ilyfdm sygg..
sayangg bb ketadd ketadd
jgn curang tau..hmm..b syang bb..
rendu gler kt koe doh bb..
jge diri baik baik k..owg tetap tggu dy..cnte owg untok dy sowangg..aty owg sntiase terbukak untok dy sowang..ily sygg..
ak sayang ko bb , jagan tggalkan ak k..
bb , jangan laa buad mcm nehh..b x nak bb sdeyhh2..b nak sentiase di samping bb..
b selalu pikirkan bb , bb jea tak tahu
ak sayangg ko sgt2..b tak boley hidup tnpe bb tao arkk..
bb , b da tanak orang lain tao arkk.. b nk bb jew skunx nehh..bb lahh true love b tao arkk..
bb , b takudd sangat bb tggalkan b..hmm
hmmmm.. b , sape nak bg bb text macam nehh lagi hehh ? :'( pagi pagi suke bg bb msg macam nehh kan ? pastuh mara bb bgun lambat kan b kan ? time kite gadohh sume tak bagi kite break kan ? sume tak suke kite break kan ? b egat tak time bufday b bagi bb barneyy <3 time velentime b bg bb bunge ng coklat fererro rosher kan b kan ? b egat kan ? bb nak b.. npe b tggalkan bb b ? b cakap laa b .. b cakap laa nape b pergi dulu.. kite da paln nak g wonderland kan ? kite g same same kan ? tapi b nape b tggalkan bb sorangg sorangg ? b pk bb kuad kee b ? b sendiri tahu bb mcm mane kan ? hmm .. ari ahad ari uh , b da janji nak beli barang seni ng bb kan ? pas tuhh nak bg bb beby arnab kann ? bb cakap ng b , bb nak arnab putih n telinge dy warne pweple kan ? then b gelk gelakk . b cakap kt kgkwn b bb nak arnab uhh kan ? :'( kite same same memerlukan b.. bb sayanngg b.. b dengarr kan ? bb rennduu nk manje sume ng bb.. b suke buad suare manje tuhh..pas uh mule laa call bb smpei tertidoo kan ? hmm.. b , please come backk.. tolonggg laaa !! sape nak lapkan air mate bb nehh sayangg ? hmmmmm :'(

Kita orang sentiasa doakan kau disana . Kita orang semua merindui kau .
Al-Fatihah

Status-2 Qiey di Fb

Ohh sebelum aku terlupa , Fyi berita di Metro adalah TIDAK BETUL ! Bukan arwah yang drive kereta and dia orang tak berlumba pon that time . Yang drive Azani bukan 20 tahun but 19 tahun , Azani ada lesen kereta okey . So yang sesuka hati dah buat andaian lain kali tanya orang yang tahu cerita sebenar before nak menunding jari kat orang lain .

Before I end this post , Aku nak cakap yang aku harap kau orang semua bantu aku KUATKAN SEMANGAT QIEY macam dulu . Bantu kita orang , bantu sama-2 doakan dia supaya pulih . Dia ada cakap dengan aku dia tak kuat dengan semua nie . Dia cakap dia takut nak ke sekolah sebab dia takut tunggu arwah dekat tangga di mana selama ini dia selalu tunggu arwah sebelum ni . Dia cakap dia rindu sangat-2 dekat arwah . Dia cakap arwah dah janji nak belikan dia baby arnab and terlalu banyak yang dia cakap sampai buat kita orang semua sebak . Dia rindu nak gedik dengar arwah , dia rindu nak gaduh tumbuk-2 dengan arwah , dia rindu nak manja-2 dengan arwah . Dia rindu bila dia cakap haus arwah akan belikan air favourite dia Ice Lemon Tea . Dia amat rindu akan arwah .

Qiey selalu melawat kubur arwah sebab Qiey sentiasa ingin berada di sisi arwah . Betapa sayangnya Qiey terhadap arwah . Tapi Qiey ada cakap dia tak tahan bila tengok kubur arwah , air mata dia pasti mengalir . Aku suruh dia bersabar tapi dia hanya diamkan diri . Ketika dia ke sekolah sudah acap kali aku suruh dia makan tapi dia taknak . Dia hanya mengalirkan air mata . Qiey kejap senyum dan kemudian mengalirkan air mata semula . So please people out there , help us pray for her supaya dia kembali ceria dan senyum seperti dulu . Amin .


Dzarif Iskandar semoga kau tenang di sana . Al-Fatihah

********
Haa, dah habis baca?? sedih kan??  kalau korang tak sedih dats means korang memang takda perasaan.. kesian kan dengan girl itu..  ok, fine.. Maybe cara dia ada sikit salah.. coz dia macam terlalu meratapi.. n seolah olah melawan takdir.. tapi  Nana percaya kalau orang sekeliling dia tak sanggup tengok dia macam tu.. apetah lagi arwah bf dia kan.. mesti arwah pun tak nak tengok dia macam tu.. 
memang ada sesetengah pihak yang hentam Qiey ni.. cakap baru bf yang mati.. belom parents.. bf boleh cari lain.. tapi parents tak boleh.. Nana bukan nak sokong Qiey.. tapi Nana rasa kita ni yang kena kuatkan semangat Qiey.. tak salah nak bagi nasihat.. tapi biarlah bersopan.. fahami situasi orang.. mungkin belum kena pada batang hidung kita lagi.. bila dah kena baru kita akan tahu sakitnya.. walaupun cuma bf.. tapi Nana nampak betapa sayangnya arwah tu kat dia.. sanggup sedut hingus dia time dia selsema.. bf kau ada?? ada??  benda tu cuma seorang ibu je yang buat ok.. tu pun time anak dia baby2.. time dah besar paling paling bawak g klinik je.. So, Nana sangat faham kenapa Qiey sangat sedih.. sebab arwah terlalu BAIK dengan dia..

untuk Qiey : 
: Nana harap ketika Nana menaip entry ni Qiey dah tak macam sebelum ni
: you need to be strong
: yang pergi tetap pergi, kita yang hidup harus teruskan hidup
: teruskan sekolah.. ingat masa depan Qiey
: kalau Qiey betul sayang dia, Qiey kena kuat.. sembahyang n sedekahkan al fatihah untuk dia.. doakan dia tenang kat sana
:  Qiey kena ingat yang tuhan tak akan turunkan ujian pada hamba dia lebih dari apa yang hambaNya mampu terima ok.. jadi, apabila dia pilih Qiey bermakna Qiey mampu tuk hadapi ujian ni..
: sentiasa ingat.. setiap kejadian ada hikmahnya..
: yang paling penting "APABILA TUHAN MENGAMBILKAN SESUATU DARI KAMU, PASTINYA DIA AKAN MENGGANTIKAN DENGAN YANG LEBIH BAIK". I'Allah.
: tabah dan kuatkan semangat ok.

p/s ; walaupun Nana sebenarnya tak kenal pun siapa Qiey ni.. tapi Nana simpati dengan dia.. dan Nana doa semoga Nana tidak akan diberi ujian sebegini.. Aminn..

saya ada IDOLA saya. IDOLA awak siapa?

ketepii.. ketepiii.. hari ni Nana nak story pasal idola pulak ok.. sebut pasal idola.. idola ni haruslah orang yang kita puja puja kan.. puja kerana BAKAT dia.. puja kerana SIKAP dia.. KECANTIKAN dia.. but ada ke yang puja sebab yang buruk buruk.. takda kan.. ada ke yang nak  jadikan orang yang kuat mencarut sebagai idola mereka.. dengan harapan boleh jadi pencarut terhebat.. siap boleh rap lagi carutan carutan tersebut.. HAHA! mintak Simpang Ampat Alor Gajah ok..Nana percaya semua orang ada idola masing masing kan.. ada yang idolanya Justin Bieber.. haa.. ada?? ada?? oh, takde er.. hee.. tapi as umat Islam selalunya idola kita yang terutama haruslah Nabi Muhammad s.a.w kan.. then di ikuti dengan yang lain lain..


Kalau Nana, dalam sepanjang 2 bulan Nana berblogging ni.. Nana ada sum1 ni yang Nana memang kagum dengan dia sifat dia.. mangsa yang jadi idola Nana nie dia sorang yang baik hati.. penyabar.. tak kedekut ilmu.. comel pun comel.. dia dikira pakej ok.. nak tahu siapa.. alaa.. korang kenal punya.. tak percaya cerkelik cerkelik Haa.. Nampak tak.. header dia tak tahan kan.. jadi bu' peri gitu.. * tu bahasa indon nya ya.. in malay "pari pari" HAHA.. disebabkan Nana baru je follow dia.. so, entry pertama dia BACA SINI .itu entry lah yang  dah wat Nana rasa sentap.. dan rasa kagum.. hingga terkeluar sebaris ayat "eh, baiknya dia.."  post tuh 3 minggu yang lepas.. pada masa 3 minggu yang lepas tu jugak Nana rasa.. tak sangkanya ada orang sebaik dan seberani dia.. Kalau Nana, Nana takut dengan orang macam tuh.. ya, Nana tahu mereka juga manusia.. kalau bukan kita yang tolong mereka siapa lagi.. tapi Nana takutlah kan.. mana lah tau tiba tiba orang tu serang Nana.. sumtime orang yang macam tu agak agresif.. tapi dia sangat berani.. Nana memang respect dia..

post yang kedua yang menguatkan lagi statement Nana yang dia memang betul betul berhati mulia.. adalah post yang ini.. BACA SINI LAGI Itu adalah post untuk hari ini.. time baca entry ni dalam hati Nana dah terdetik dah.. "wow.. mesti family dia ni memang baik n dah didik dia dari kecik kecik macam tu.. dats y dia sangat baik hati untuk tolong orang yang susah.." Nana actually teringin sangat nak buat kerja kerja amal macam ni.. jom kawan kawan kita berjemaah.. seronok tau.. dapat pahala lagi.. :)





sorry ye cik YUYU, Nana rompak pic Yuyu dari FACEBOOK.. tapi Yuyu jangan risau.. Nana tak bomoh bomohkan gambar ni supaya Yuyu follow Nana ye.. btw Yuyu memang comel.. untung laki masa depan Yuyu kan.. Yuyu pandai masak.. pandai wat cupcake.. Nana?? semua tak reti.. ajarkan buleh?? HEHE.. 


p/s :  siyes Nana nak jadi budak baik macam Yuyu.. :)

Alamak, love bite!

Hoho.. da macam Santa Claus pulak bunyiknya.. hee.. Salam.. tengok tajuk je pun da tau kan.. memang bikin panas di tengah tengah malam.. HAHA! ini entry untuk 18 tahun ke atas sahaja ok.. yang 18 ke bawah.. p tidoq.. esok sekolah!!!!!! nak kena babap ke??

ok, back to da ampang point.. yes!! currently Nana 1 love bite kat leher.. leher di sebelah kanan?? memang boleh je if nak disorokkan dari pengetahuan umum.. berpura pura alim ke pakai tudung.. * tetiba teringat cerita Aku Masih Dara.. "orang sekarang ramai pakai tudung sebab nak tutup love bite je" tak pun cover cover guna rambut yang dah macam hantu Kak Limah ni ke kan.. tapi kalau panas macam mana, mesti nak ikat rambut.. bagi lega batang leher.. memang kompomlah kantoi kan.. ish!!! pening benor kepala teman ni dok mikio macamana nak nyorokkan.. apa?!! siapa yang buat?? bila masa?? entah!! Nana pun tak tahu.. Nana tak sedar pun time bila.. tahu tahu dah ada jer.. =='

hello, ini pesanan dari penaja.. actually bukan love bite pun.. tajuk tu saja je nak bikin panas.. Nana pun tak tahu binatang ape sebenarnya yang wujud di leher yang tak berapa nak jinjang pelamin nie.. tapi antara 2 jerlah kan.. either jerawat or bisul.. eh, ada ke jerawat kat leher.. HAHA! tak kisah lah pape pun.. yang penting bukan love bite.. tak main love bite love bite..kurap or kudis lagi lah bukan ok..

ni lah BENDASING tu

sesungguhnya binatang itu sakit kot.. Alala tak sukanya.. * sila baca ikut nada Peah dalam maharajalawak dengan segedik yang boleh ok.. if betul betul love bite tak kan lah Nana nak bagitahu umum pulak kan.. mesti dah diam diam simpan.. tak mau derr makan kaki dari makcik pakcik jiran sedara mara sebelah rumah dia.. belakang rumah semua.. tepi.. kiri.. kanan..

alaa.. nampak benor nipunya kalau korang tak tahu rupa love bite camna kan.. kompom korang semua tahu kan.. ala... yang gitu gitu tu.. HAHA! yang belum kahwin jangan ler cuba cuba buat.. dosa.. Tuhan mara.. Nana pun tak wat taw.. apa yang nak dibangga sangat dengan love bite tu Nana pun tak tau ler.. kalau nak kata tanda cinta.. banyak lagi boleh buat untuk menandakan cinta tu.. bagi mercedes sebiji ke kan.. banglo 14 tingkat ke.. amboih demand pulak ye.. tak pon bagi je cornetto love kat couple korang.. show ur love in every bite.. lagi nikmat.. terkenang kenang kelazatan eskrem tersebut tetiba.. :P tak pun jajan cadbury yang Bites tu.. sedap sedap sedap...
p/s : laju laju post then nak g kedai beli jajan bites ngan eskrem cornetto.. nak?? beli sendiri.. HAHA!

KENAPA PEREMPUAN CANTIK BILA MEMAKAI TUDUNG.

Assalammualaikum.. tak jawab dosa.. kalau jawab gatal.. HAHA! no lah.. melawak cuma.. Actually sekarang ni rasa macam bersyukur sangat coz ramai yang bagi support bila Nana mula berjinak jinak nak pakai tudung.. haa.. nampak  tak title kat atas tu.. nak tau kenapa cantik bila pakai tudung?? cantik sebab tudung sekarang dah macam macam design ke?? sebab da ada macam macam jenis brush ke?? or cantik sebab dah ada anak tudung bercolour dan bersilang silang?? so, mari kita lihat siapa yang kena...

PEREMPUAN CANTIK BILA MEMAKAI TUDUNG.

1.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK TUTUP AURAT

2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA JAGA MARUAH DIRI DIA

3.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA CANTIK

4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA

5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA ANAK SOLEHAH

6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA

7.kenapa pompuan cantik pakai tudung...sebab
DIA HORMATI ORANG LAIN

8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG.. ORG TENGOK DIACANTIK. DAN DIA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT

10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK DAPAT PAHALA

12.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN

14.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JA YANG SUKA DIA

15.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DENGAR SURUHAN NABI

16.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK

"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA..

p/s : dia ni lah insan yang baik hati yang dah post benda ni kat wall Nana.. tengs a lot.. :)

Sunday, April 24, 2011

ugutan sopan santun



haa.. agak agak awak nampak tak apa yang saya tunjuk kat atas nieyh.. apa?? PEACE?? banyak hensem muka awak ini peace.. ni namanya penukul.. eh, salah.. penumbuk.. mau kena tak??  kalau kena setahun rindu kat saya tau.. HAHA! joking jerlah ok.. takkan saya nak tumbuk awak pulak kan.. saya kan sayang awak.. tapi awak nak tahu tak apa kesalahan kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman makan penumbuk nie.. kalau nak tahu saya list kan kat bawah ni ye.. 

. kalau awak lupakan saya
. kalau awak tak mesej and call saya
. kalau awak tak rindu saya
. kalau awak menggatal dengan perempuan lain
. kalau awak tak menggatal tapi awak bagi perempuan lain menggatal dengan awak
. kalau awak bohong saya.. tak kira kecil kecilan atau secara borong.. 
kalau awak rahsia apa apa dari saya even sebesar semut api je
. kalau awak degil tak nak dengar cakap saya
. kalau awak tak bagi pinjam bahu awak tu
. kalau awak tak bagi saya manja manja dengan awak
. kalau awak malas belajar * nanti macamana mau kerja n kasi sy makan kalau malas.. HAHA!
. kalau awak lagi pentingkan game pool awak dari saya
. kalau awak tak kiss saya before tidur
. kalau awak marah saya melebihi 24hours
. kalau awak tak bagi saya gigit awak
.kalau awak tak bagi saya kiss awak
. kalau awak tak bagi saya hug awak
. kalau awak tak bawak saya makan abc
. kalau awak hadiahkan saya whilca if saya gemuk
. kalau awak tak bagi saya snap pic pakai fon awak
. kalau awak tak bagi saya choki choki
. kalau awak tak belikan keropok lekor
. kalau awak hensem hensem tetapi bukan dengan saya

tapi lagi hebat hukumannya iaitu 100 tumbukan bertubi tubi 


KALAU AWAK DAH TAK SAYANG SAYA!!!!


amacam!!! ganas tak ganas tak..so, beware yer.. :)

kekasihku dah jadi tunangan orang..

selamat petang Ahad all.. Now Nana tengah frust tertunggeng tunggeng n tergolek terlentang semua ada.. rasa macam nak terjun dari bangunan tinggi macam yang pernah terjadi kat KB Mall hari tu.. tak pun berbaring di rail kereta api biar kena gilis.. untuk kesan yang lebih sadis.. meniarap kat rail ktm yang ke KLIA tu.. lagi laju.. sekali sapu.. tinggal serpih je.. itu pun belum mampu nak lawan hati Nana yang dah jadi serpih serpih ini tatkala melihat gambar gambar kekasih hati Ashraf Muslim bertunang dengan pilihan hatinya.. siap bersiaran secara langsung kat tibi lagi pagi tadi.. padahal dulu dia janji time tunang ngan Nana nak wat cenggitu.. eee... CURANG!

tiba tiba rasa macam nak nyanyi.. hancur hatiku.. mengenang dikau.. menjadi keping keping.. setelah kau pergi.. tinggallah kasih sayang.. yang pernah singgah.. antara kita.. masihkah ada sayang itu... uwwwaaa.. tak dapat terima hakikat.. haa.. takpa takpa.. dengar dengar tunang Ashraf ni praktikal kat hospital Melaka je.. tak jauh pun.. Nanti boleh p ganyang tunang dia tu..eh, salah.. tak nak usik pape pun.. kang kena tangkap tak pasal pasal.. Nana nak wat cerita sedih banyak je kat tunang dia tu.. pastu nyanyi sikit... ooooo... pulangkan cinta hatiku.. yang dikau musnah tanpa relaku.... agak agak dia kesian tak kat Nana..




ohh.. bahagianya mereka.. sob.. sob.. sob.. biarlah Nana bawa diri je rasanya.. mak kata " kalau betul betul kita sayangkan seseorang tu n kita nak dia bahagia.. kita kena redha lepaskan dia.. kalau itu yang boleh wat dia bahagia.. " uwwwaaa.. sumone handsome.. pinjam bahu.. nak tumpang nangis.. kenyataan ini terlalu pahit untuk ditelan.. lagi pahit dari ubat kat sepital..

p/s : ini adalah entry merapu.. disebabkan fanatik dengan Ustaz Amirul.. HAHA! btw Nana doakan semoga diorang dipanjangkan jodoh sehingga ke jinjang pelamin.. n kekal ke cucu cicit.. * jodoh Nana bila pula nak sampai ye.. :)

Thursday, April 21, 2011

10 sebab perempuan tak respect lelaki

sila abaikan gambar di atas.. tiada kena mengena

1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR

Wednesday, April 20, 2011

kenapa bagi harapan kalau tidak bisa mencintai

Sorry guys if entry malam ni agak touching sikit.. Actually tiba tiba Nana rasa macam nak share dengan korang semua pasal nie.. Ok, pastinya hati sangat sakit bukan kalau orang yang kita sayang yang kita terlalu ingin memiliki diri beliau meninggalkan kita secara tiba tiba.. dengan alasan tidak boleh mencintai kita atau apa apa sahaja.. sedangkan pada awal dia bagi kita sejuta harapan.. setinggi setinggi sehingga kalah gunung everest.. cakap i love you.. cakap i miss you.. panggil kita sayang.. nak sehidup semati sekubor.. kalau awak bunga saya tukang kebunnya.. n segala gala ayat yang boleh menyebabkan diabetes lah..

Iye, kadang kadang mungkin dia tidak sengaja..  mungkin kerana dia ingin melihat kita bahagia.. jadi dia berikan harapan kepada kita.. tapi tak terfikirkah dia bagaimana pengakhirannya.. hendak salahkan siapa.. diri sendiri juga sebenarnya harus dipersalahkan! salah kerana terlalu meletak harapan yang tinggi.. apatah lagi kalau sudah terang lagi nyata korang meletak harapan pada sesuatu yang mustahil..

disini ada beberapa hint yang korang boleh judge sama ada orang yang korang sayang itu sebenarnya suka atau tidak dengan korang..

1. apa apa hal korang je yang cari dia.. korang je yang excited dengan dia.. sedangkan dia biasa biasa je
2. bila korang cakap rindu or sayang kat dia.. dia tak kan cakap yang dia pun rindu dan sayang korang jugak.. if ada yang cakap rindu n sayang tu pun takkan boleh dia jawab if korang tanya rindu n sayang as what?
3. asik asik korang je yang text n call dia dulu.. but dia ok je if tak text or call korang dalam 1 hari.. korang ada ke tade ke.. nothing differ
4. bila korang start je cerita pasal feeling feeling.. secara automatiknya dia akan tukar topik lain.. tak pun dia akan bagi alasan.. "kita kan bru kenal.. so take time dulu"
5. dia takkan peka pun dengan perasaan korang.. samada korang sedih ke.. cemburu ke.. kalau ambil tahu pun sikit sikit jerk.. if korang cakap tade pape.. then dia pun.. 'haa.. ok..' dats all..
6. suddenly menyepikan diri.. call tak jawab.. n text pun tak reply.. langsung tade berita.. hidup ka mati ka kita pun tak tahu

actually banyak lagi hint yang korang boleh nampak.. yang Nana list tuh.. "dia" still ok lagi coz masih dikalangan yang menjaga hati.. bagi yang tak reti jaga hati tuh pulak.. korang maybe dah dianggap annoying.. so, untuk menjauhkan diri dia dengan korang.. dia maybe ambil jalan mudah je.. komplot degan sapa sapa kawan perempuan dia.. then suruh berlakon as gepren dia.. perli perli korang d fb ke.. or direct to da point " pliz dun dstrb me "..



yaa.. memang sangat sakit bila kena telan kenyataan ini.. tapi nak wat camna.. kita kenalah redha dengan ketentuannya KERANA....

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

jadi untuk korang yang rasa diri korang tak dihargai or tengah frust sangat sangat.. korang tak perlulah nak sedih sangat sangat.. untuk apa kita bersedih sedihan sedangkan dia sedang berbahgia bahgiaan.. anggap saja HIDUP INI MEMANG PALAT , TAPI ESOK MASIH ADA.. renung renungkan dan selamat beramal.. 

no more memancing after kahwin

AMARAN : tajuk post di atas adalah sama sekali tidak ada kena mengena dengan diri Nana yang cumel ini ok.. sorry! termasok buaian karen n ON suis sendiri lak.. "memancing" yang Nana maksudkan nie memang betul betul aktiviti memancing ok.. memancing ikan.. bukan double meaning.. memancing benda lain seperti cewek.. cowok.. bukan ya anak anak.. selalunya hobi memancing lebih femes kalau dikaitkan dengan lelaki.. tapi yang Nana nak cerita nie bukan lelaki.. tetapi perempuan.. sumpah, ini kisah benar!!


cerita bermula ketika Nana sedang merajin rajinkan diri mengemas rumahku syurgaku ini.. dikala hidung rasa mau tertanggal akibat terlalu alergik dengan habuk.. rasa macam ingin ku cabut dan simpan di bawah katil.. ouh.. seksa! * bakal laki masa depan.. nampaknya kamu harus mencari pembantu rumah ya untuk saya bila kita sudah berumah tangga.. HAHA! 

ok, back to my story.. sedang Nana asyik memanjakan hidung ni, Nana terdengar 1 perbualan ni kat radio.. antara dj dengan pemanggil.. dan si pemanggilnya adalah perempuan.. sore dia manje manje gitu.. 

dj : awak nak kawin dah kan
perempuan : a'ah.. tapi bakal suami soh berhenti memancing * dengan nada yang tak puas hati tp still manja


Nana dah sotat fikir mancing lain dah.. HAHA! * gelak macam nates

dj : selalu yang suka memancing ni orang lelaki.. ni terbalik pulak
perempuan : alaa.. dari mula dia kenal saya pun dia dah tahu yang saya suka mancing
dj : bestuh nanti kalau awak dah sibuk mancing jer, siapa yang nak masak??
perempuan : ala.. pergilah mancing sama sama.. boleh mengeratkan sillaturrahim..
dj : tak payah.. duk umah.. awak masak.. laki basuh pinggan.. mengeratkan sillaturrahim jugak..

HAHAHAHA! sumpah nak pecah perut dengar nieyh.. ingat suruh berhenti kerja ke.. berhenti apa apa ke.. ni berhenti memancing.. tapi ok what.. at least orang yang minat memancing ni selalunya penyabar.. lagi 1 elok lah memancing dari buat kerja kerja tak berfaedah kan.. tapi kepada cik tu yang akan bertukar title kepada puan.. ikutlah kata suami ye.. tak bau syurga nanti.. tapi kalau nak memancing juga, sila pregnant awal awal.. nanti boleh bagi alasan " abang.. saya mengidam nak memancing lah" kompom dia bawa punya.. * idea jahat!


p/s : dialog ni tadelah sebiji cam kuar kat radio tuh.. tapi kurang lebih jerk..

Lagi Lagi Ku Jatuh Cinta

tumpang lalu... * sambil tunduk.. Alahai.. sopan nya.. HAHA! stop merapu.. tak nak bebel panjang da.. just nak menempek muka sendiri jerk kat entry nie.. Alaa.. nak menayang muka comey bila BER shawl.. * cheitt.. pasan!!

CAUTION: 18 tahun ke ata jer boleh tengok.. yang bawah umur sila dapatkan bimbingan ibubapa.. dan pada sesiapa yang dah merasakan dirinya dilanda angin meluat.. korang boleh lah meninggalkan pergi dari page ini.. sebelum isi perut, buah pinggang dan pundi kencing anda terkeluar sekali disebabkan loya dan meluat yang teramat..











pandang lah lihat lah mukaku yang poyo.. HAHA! memang sangat poyo pun.. aksi2 ini diambil dalam studio tertutup * rumah je sebenarnya pun.. Nana upload pic ni semua kt fb.. saja menggedik.. lalalalala.. Alhamdulillah ramai yang bagi komen positif.. first haruslah depa kata Nana comel.. terperasan sebentar.. tapi yang Nana paling suka ada yang mendoakan tok Nana kekal seperti ini.. *act tak seperti ini sangat lah kan.. sebab berlengan pendek tuh.. :P dan paling yang tidak masuk akal.. ada yang kata macam penyanyi.. tak layak lah dik oi.. Nana punya suara dengan bunyi katak pun, katak agy best..

p/s ; ini bukan shawl baru tuh taw seperti yang Nana bgtaw di entry sebelum ni Nana nak menempek muka Nana dengan shawl baru... ini shawl lama.. lama tak lah lama sangat.. tapi saja je nak diperagakan semula.. akibat bosan tahap maximum..

Jatuh Cinta Lagi

holla! saja je nak wat gempak pepagi ni kan.. mesti korang nak taw dengan siapa Nana jatuh cinta kan.. actually dia bukan seorang lelaki berusia 24 tahun ke bawah.. bukan juga seorang lelaki berusia 24 tahun dan keatas.. dipendekkan cerita bukan dengan seorang LELAKI.. but im not lesbo ok.. Nana juga jatuh cinta bukan dengan seorang perempuan yang tak cukup umur.. bukan juga seorang perempuan yang sudah monopos.. dan dipendekkan cerita lagi bukan dengan seorang PEREMPUAN..

haa.. marah tak.. marah tak.. sabar.. ni nak kasi taulah ni ye.. lelaki bukan.. perempuan pun bukan.. then apa?? binatang kah?? bukan jugaklah.. Nana dah jatuh cinta dengan SHAWL.. now Nana tengokkan ramai yang dah berjinak2 dengan shawl.. Nana tengok comey jerk kalau gegirl pakai shawl.. then letak reben or hairband.. *tudung kadang kala je nampak.. ramai yang nak jadi macam Hana Tajima.. ramai tuh termasuklah Nana ok.. HAHA!

Nana tahu bertudung tak sepatutnya disebabkan ikot trend.. n Nana mengaku Nana suka dan jatuh cinta untuk pakai shawl ni sedikit sebanyak disebabkan trend.. tapi Nana rasa tak salah kalau Nana jadikan ia sebagai permulaan.. selain tu pun Nana memang ikhlas untuk tidak lagi free hair.. Nana nak berubah.. * sila doakan Nana ok.. Aminn..







Nampak tak gambar yang memaparkan muka bajet2 comel kat atas nie.. diz is 1st time Nana angout dengan sopannya.. OMG! Nana sendiri tak percaya ok.. time nieyh Nana g kolej kt kL nun untuk menyelesaikan yuran pengajian Nana.. hari itu dalam sejarah coz paling lame tudung melekat kat kepala.. HAHA! time ni pun Nana ada gak shoping shawl baru kat Times Square.. Nana suka gila dengan orang yang jual shawl tuh.. dia baik jerk.. dia siap ajar Nana lagi style2 nak pakai shawl.. memang sayanglah kat dia * bodek.. manalah tahu nanti datang lagi dapat good price kan.. cheitt... ayuh julingkan mata lagi ok..









p/s : sila komen ok if ada pape yang tak kena..

buah cempedak luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan

cewahh.. berpantun pantun pulakkan.. HAHA! gambar bersama shawl baru akan menyusul kemudian ok..

Tuesday, April 19, 2011

When a guy VS When a girl

GUY FACTS:


When a guy calls u, He wants to be with you.

When a guy is quiet, He's listening to you..

When a guy is not arguing, He realizes he's wrong.

When a guy says, "I'm fine," after a few minutes, He means it.

When a guy stares at you, He thinks you're the most beautiful thing in the world.

When you're laying your head on a guy's chest, He has the world.

When a guy calls you everyday, He is in love.

When a (good) guy say he loves you, He means it.

When a guy says he can't live without you, He's with you till you’re done.

When a guy says, "I miss you", He misses you more than you could have ever missed him or anything else.




GIRL FACTS:


When a girl is quiet, Millions of things are running through her mind.

When a girl is not arguing, She is thinking deeply.

When a girl looks at you with eyes full of questions, She is wondering how long you will be around.

When a girl answers, "I'm fine," after a few seconds ,She is not at all fine.

When a girl stares at you, She is wondering why you are so wonderful.

When a girl lays on your chest, She is wishing for you to be hers forever.

When a girl calls you everyday ,She is seeking for your attention.

When a girl wants to see you everyday, She wants to be pampered.

When a girl says, "I'll love you forever", She means it.

When a girl says that she can't live without you, She has made up her mind that you are her future.

When a girl says, "I miss you", No one in this world can miss you more than that.