Blogger Layouts

cer KELIK cer KELIK

si kacak & si cantik

Sunday, April 17, 2011

cemburu itu perlu. tapi...

hye alls.. finally Nana dapat pun idea nak update apa malam ni.. jiwa sangat memberontak nak update.. tapi kemarau dengan idea.. * kena minum jus tok guru kot.. tonite Nana nak story mory pasal cemburu.. or bahasa jawanya JELES.. anyone kat sini yang kaki cemburu? or tak reti cemburu?? atau tak tahu pun cemburu tuh menatang apa?? elehh.. Setiap orang sikit sebanyak mesti ada perasaan cemburu bukan. kalau orang itu tak ada perasaan cemburu mesti ada sumthing yang tidak kena lah tu dengan diri dia. kebarangkalian gila.. tapi apa yang pasti cemburu ni sebenarnya ada kaitan dengan cinta dan kasih sayang. Mana ada kan tak ada sebab tiba tiba nak cemburu kan..

seperti yang kita sedia maklum, cemburu ni terbahagi kepada beberapa aspek.. cemburu sesama adik beradik.. * alaa.. mak tuh asyik lebihkan abang jerk..  cemburu sesama rakan.. * eh, mana boleh tengok member jer dapat boipren jambu kan.. kita tade... tapi yang paling berleluasa cemburu dengan pasangan.. * i tak suka u rapat2 dengan mamat tu.. ni dipanggil asam jawa garam dalam bercinta.. cemburu kan tandanya sayang..

tiap tiap kali couple, Nana mesti dapat ayat ni " awak ni tak reti cemburu kan.. tak sayang saya lah tu " Oooo.. tak tahu cemburu yer.. meh Nana nak surat khabarkan.. Siapa kata Nana tak sayang.. siapa kata Nana tak reti cemburu.. Nana ni lah merupakan makhluk tuhan yang paling seksi kuat cemburunya.. bukan takat cemburu.. dengki.. iri hati.. semua ada.. tapi.. i dunno how to show it.. kesian kan.. simpan semua dalam hati.. peram sorang2.. walaupun riak muka dapat dibaca.. tapi mulut tak terkeluar kata kata.. kalau tanya manjang takda apa.. 

Nana adalah manusia yang paling susah nak direct to da point kalau dalam bab2 yang berkaitan dengan soal hati.. malu + segan + ego.. dah sangat sebati.. tapi kalau sound orang memang laju.. tak ada malu.. tak ada segan.. ego jerk ada.. HAHA! tapi Nana rasa Nana tak boleh lah terus terusan pendam.. boleh makan diri nanti.. boleh jadi memberi peluang kepada si dia mencurangkan diri beliau.. pastinya dia boleh cakap " ahh.. dia bukan reti cemburu" oh.. tidakk... then tak reti nak jaga hati Nana yang kudus ni lagi da.. al maklumlah tak ada perasaan.. n last2 apa dia buat pun Nana tak tahu dah.. susah bukan? jadi Nana akan HARUS perbetulkan diri Nana nie.. tapi tidaklah keterlaluan.. Sama-samalah kita berdoa ye..



tapi wat sesiapa yang cemburunya tebal 44 ratus inci tu, sila2 lah kurangkan ye.. sesungguhnya boleh mendatangkan mudarat kepada relationship korang.. contohnya... 

1. pasangan korang akan jadi cepat bosan bila dengan korang.. yelah.. nak buat apa apa nak kena jaga hati dia.. walaupun sebenarnya benda tuh nothing..
2. Percintaan korang akan jadi hambar coz korang langsung tak boleh nak ada kawan lain.. balik balik hadap dia je.. urrr
3. Selalu jer terjadi pertelingkahan disebabkan sifat curiga yang tahap tak bertahap.. suka ke nak bergaduh selalu..
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah. always nak kena hantar report kalau nak buat apa apa..

p/s : so, tak best bukan.. act Nana dah pernah jumpa dah orang yang type macam nie.. sumpah ya Allah.. memang menyusahkan.. hari hari sakit hati.. hari hari naik darah.. lama lama boleh mati.. tapi sekarang dia da selamat pun berbini.. tak tahulah pe khabar bini dia.. hidup lagi tah tidak.. HAHA! cemburu tak salah tapi biar berpada ye.. 

daaa...

2 comments:

amierul said...

aq cmburu la..kaw nie makin gemuk twu x...issshh..huhu

nabella said...

jelez sama kamuuuuu....sebab kamu lg chantekkk