Blogger Layouts

cer KELIK cer KELIK

si kacak & si cantik

Thursday, April 14, 2011

kalau suatu hari nanti............

Awak

kalau suatu hari nanti saya rasa ingin ketawa seperti orang gila
awak nak tak ketawa bersama dan berkongsi kegembiraan saya
kalau suatu hari nanti saya rasa hendak menangis semahu mahunya
awak sudi tak untuk pinjamkan bahu awak agar saya selesa dan kurang kesedihan saya
kalau suatu hari nanti saya berubah menjadi gemok
awak nak tak lagi sayang kat saya dan mengaku pada dunia yang saya kekasih awak
kalau suatu hari nanti muka saya dah tak cantik macam hari ni
awak janji tak yang awak takkan pergi kat perempuan lain dan tinggalkan saya
kalau suatu hari nanti saya jadi buta tak dapat melihat awak serta nikmat dunia
awak sanggup tak nak untuk pimpin dan jadi mata kedua untuk saya
kalau suatu hari nanti saya pekak tak dapat nak dengar apa apa serta suara manis awak
awak sanggup tak untuk jadi telinga kedua saya 
kalau suatu hari nanti saya telah ditakdirkan hilang ingatan
awak sanggup tak untuk ada disisi saya dan mengimbau segala memori walaupun kebarangkalian untuk saya meningati awak adalah tipis
kalau suatu hari nanti saya cacat dan tak berdaya untuk menyuap makanan ke mulut sendiri
awak nak tak jaga dan suapkan nasi kat mulut saya
kalau suatu hari nanti saya sakit dan dah tak berdaya untuk bangun
awak sanggup tak untuk tolong papah / dukung saya kemana mana
kalau suatu hari nanti saya telah ditarik nikmat dan dah tak boleh lagi bercakap
awak masih sudi tak nak cakap dengan saya walaupun saya tak boleh nak balas balik kata2 awak
kalau suatu hari nanti nyawa saya sudah sampai di kerongkong
awak sudi tak untuk ajarkan saya mengucap
kalau suatu hari nanti ditakdirkan saya pergi tinggalkan awak
awak sudi tak untuk sedekahkan al fatihah sebagai bekalan untuk saya
dan bila saya telah ditinggalkan sorang2 kat "sana"
awak nak tak datang dan temani saya selalu.. 
dan kalau suatu hari nanti awak dah jumpa dengan pengganti diri saya
awak masih ingat tak akan kehadiran saya yang pernah menemani awak

saya harap sangat yang awak tak akan pernah melupakan saya.. kerana saya mungkin tak kan pernah lupakan awak sampai bila bila..  awak adalah hadiah paling berharga yang tuhan dah bagi kat saya.. jadi saya sangat mengahargainya.. 
 
 
 

No comments: