Blogger Layouts

cer KELIK cer KELIK

si kacak & si cantik

Friday, April 29, 2011

Pizza Hutt di Malim, Melaka Diserbu!

Berita tergempar!! Pizza Hutt di Malim, Melaka diserbu! jarang sekali kan kita mendengar Pizza Hutt diserbu.. ya, ini kejadian benar.. kejadian yang berlaku pada hari ini iaitu hari Jumaat kira kira selepas kaum Adam pulang dari sembahyang jumaat.. Pizza Hutt yang terletak berdekatan dengan Politeknik Kota Melaka itu dikatakan diserbu akibat terdapat salah seorang pekerja mereka yang mempunyai kes yang sangat berat..

kes?? apakah kes yang berat tuh.. mengedar dadah kah beliau.. atau beliau telah menyonglap duit hasil jualan pizza.. ternyata bukan itu kesnya.. tetapi adalah kerana beliau mempunyai kes kecomelan yang melampau.. dan kerana itu Pizza Hutt tersebut telah diserbu dan orang ramai yang datang berpusu pusu bukanlah kerana ingin menikmati keenakan pizza seperti yang terpampang di muka tibi or di dada awak akhbar.. tetapi sebaliknya hanya ingin menyaksikan kecomelan beliau..

antara beberapa gambar yang didapati dari sumber orang ramai..







ya, memang tak dapat dinafikan yang beliau memang mempunyai kes kecomelan yang melampau.. jadi mari gelakkan diri sendiri.. HAHAHAHAHAHA!!!!!! lu olang suda terkena.. ok, maaf.. maaf.. maaf.. Nana tahu mesti korang rasa macam nak muntah, mual n loya kan.. tak pun mesti rasa macam nak bakor je blog ni kan.. *kita bakorrr.. kita bakorr.. Nana mintak maaf hujung rambut sampai lutut.. eh, salah.. sampai hujung kaki ok.. tada idea nak hupdate sebab tu sawan merepek mari..haa.. nampak benor nipunya kan.. dah wat dosa di hari yang baik ni.. huhu

p/s : baju ini adalah hasil dari rembatan Nana dan digayakan ketika adik lelaki Nana sedang enak dibuai mimpi.. HAHA! Nana tak kerja piza ok.. jadi sila jangan cakap nak order piza.. sepuk karang..

2 comments:

Syafiq Rosli said...

aiyak..tggl mlk ke..:)

lady nana said...

yup.. nana stay melaka