Blogger Layouts

cer KELIK cer KELIK

si kacak & si cantik

Saturday, September 24, 2011

satu dan setengah

Satu dan setengah?? agak agak korang apa yang satu dan setengah yek.. biskut ke?? roti ke?? gula gula ke?? hurm.. berapa banyak ke lah kan.. actually SATU DAN SETENGAH tu adalah penambahan berat badan Nana. OMG!! semakin hari semakin memberat.. 1 1/2 kg * kompom bf tak larat dah nak dukung.. HAHA.. gatai! tapi serius.. semenjak dua menjak tiga menjak musim open house ni je kan.. berat badan dah semakin berleluasa..
pantang hari cuti.. open house sana.. open house sini.. non stop from makan.. hee... belum ditambah tolak dengan sekejap sekejap mcD.. mentang mentang dekat dengan rumah.. esok macam nak suruh diorang pindahkan jauh jauh sikit lah.. boleh tak?? HAHA!!

Nana tak mahu jadi macam ini meyh.. 

amaran keras : ini bukan NANA!! * gambar sekadar hiasan

sangat menakutkan bila melihat gambar kat atas ni.. sudah lah perut dah ada ciri ciri sesikit.. HAHA!! * kantoikan diri sendiri.. sebelum ni Nana cuma hangat hangat tahi ayam je kalau sebut pasal diet..mulut cakap diet 3 kali seminggu.. tapi makan pat belas ratos kali sehari.. apa pon tak boley!! tapi lepas ni...... lepas ni tau...  lepas habis raya lah kan.. ni nak makan puas puas dulu..

SELEPAS INI..

  1. everytime cuti Nana nak try g jogging kat bukit serindit tu macam dedulu.. * last time pegi tahun 2009 kot.. gila lama dah tak exercise
  2. say NO to mcD.. omg!! boleh ker..
  3. say NO to ice n carbonate drink too..
  4. mengurangkan kuantiti makanan yang nak disumbat ke dalam perut yang comel ini.. kuantiti jerlah.. berapa kali sehari belum dapat dipastikan lagi.. :P
  5. Nana akan menggunakan segala krim pati pati yang ada untuk melangsingkan perut yang dah mulai seksi ni.. pati halia.. pati limau nipis.. kesemua enam enam yang ada kat tibi tuh jerlah senang cerita. kecuali pati sirap or pati sunquick.. agaga..
rasanya cukup dengan 5 ni jer dulu.. ini pun belum kompom lagi menjadi ker tak.. kalau susah susah sangat nanti Nana jahit jer mulut ni..macam orang mogok makan.. HAHA! cakap taip lebih . macam berani nak buat kan.. tercucuk sikit je dah menjerit sampai satu melaka boleh dengar.. * nampak benor nipunya..

p/s : doa doa kan lah semoga Nana berjaya dengan misi ini.. semua baju dah tak muat tau.. Sedih!! T_____T

dapat macam ni pun dah ok.. :P

No comments: