Blogger Layouts

cer KELIK cer KELIK

si kacak & si cantik

Sunday, December 18, 2011

bila cakap memang senang

macam dah sebati dengan kehidupan hari nie..
semua orang cuma tahu cakap jer.. sesimple ABC dan 123..
yerlahh.. modal cuma air liur jerk kan.. 
contoh macam kat bawah nie..


SITUASI PERTAMA


"kau lupakan jerlah sipolan tuh. dah takde guna dah pun nak tunggu dia lagi. bukan boleh pakai punya orang"


see! cakap memang senang. sedangkan hati yang dah terlanjur sayang ni macamana? kalau hati dan otak ni macam memori kad, boleh diformat anytime n anywhere jerk. mesti dalam dunia ni tade orang yang kecewa.cer kena diri sendiri tengok! silap silap terjun bangunan.  HAHA!


SITUASI KEDUA


" korang ni aku tengok dah lame bercinta. kawen jerlah cepat cepat."


eh, mana ada orang yang bercinta tapi tanak kawin. semua orang ada perasaan macam tu. cuma belum ada rezki lagi kan. kawin bukan bermodalkan seringgit dua ringgit jerk. tanya kalau nak bagi duit takpe jugakkan. $_$


SITUASI KETIGA


" Belajar tinggi tinggi tapi kerja kilang. gie lah cari kerja yang sesuai sana."


helo, cari kerja pada zaman ni tak lah se EASY dG easy yang dicakap tuh.. biar kerja kilang dari tanam anggur. at least ada hasil. satu hari adalah rezeki kan.yang penting kenalah bersabar.


SITUASI KEEMPAT


" Ang ni da lama single. bila nak jadi double? jangan jual mahal sangat nanti tak laku. / jangan memilih sangat"


ingat cari pasangan macam cari baju bundle kat tepi jalan ke. tak pun jumpa jer declair terus. kenalah tunggu yang sesuai jugak kan. yang kena dengan taste. memilih tu perlu tapi biar yang berpatut. every person have their own taste rite.


SITUASI KELIMA


"Kawen dah bertahun tahun, still takde anak lagi ke? tak sunyi ke? gie jerlah amik anak angkat"


amik anak angkat bukan macam bela anak kucing. takde anak sendiri op coz lah sunyi. tapi dah belum rezki nak buat macamana. Tuhan belum nak bagi lagi. selagi boleh usaha, usaha.


haa..actualy banyak lagi contohnya. tapi rasanya cukuplah tuh jer.. CAKAP MEMANG SENANG. sumtime niat tuh memanglah baik. suci dan murni lagi macam minyak masak tuh.. tapi sebelum nak cakap tuh tengok tengoklah situasi seseorang tuh macamana dulu k. renung renungkan dan selamat beramal.

1 comment:

Phat said...

betul cakap memang senang tapi hanya mereka yang menanggung nya je tau azab sengsara nya kan